Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA MUSUH
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA MUSUH

ISNIN, 02 NOVEMBER 2009 | 14 ZULKAEDAH 1430H

Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.

Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal. Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman
berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.

Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya. Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan.

Kita mesti kembali kepada landasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:

  • Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
  • Bagaimana persiapan bilik gerakan
  • Semakan daftar pemilih terkini
  • Semakan rang yang dibentangkan
  • Bantahan yang perlu dibuat
  • Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya
  • Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU

    Apa tindakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang
    sebenarnya bukan masalah.


Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:

“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.

Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.

Sekarang kita perlu sedar sebelum terlewat. Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar. Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita. Saya yakin tanpa kita sedar sebenarnya kita sedikit demi sedikit telah termasuk dalam perangkap musuh.

10 comments:

PARTI SATU MALAYSIA said...

Assalamualaikum wbt ustaz,

Membaca tulisan ustaz, saya memahami peranan yang perlu dimainkan oleh pimpinan tertinggi parti.

Setelah mengamati tulisan ustaz ada beberapa perkara yang ingin saya ulas.

1. PAS tidak akan ke mana jika masalah yang ada cuba di sapu ke bawah tikar. Kata ustaz, pihak musuh menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalam parti PR. Saya berpendapat ianya kurang tepat. Sepanjang pemerhatian saya memang ada pergolakan dalam PR. Pergolakan ini sebenarnya bukan ditimbulkan oleh pihak musuh, tetapi pergolakan yang menjadi lumrah bagi sebuah ikatan baru, pergolakan lumrah bagi sebuah ikatan yang matlamat ahli-ahlinya berbeza antara satu sama lain, pergolakan yang lumrah apabila matlamatnya bersifat jangka pendek dan pelbagai lagi. Jadi apabila ustaz berkata ia ditimbulkan oleh parti musuh, saya rasa ia kurang tepat. 'Mungkin' yang lebih hampir adalah pihak musuh mengeksploitasi segala kelemahan dan pergolakan yang timbul disebabkan perkara-perkara yang saya sebutkan di atas. Perbuatan mengeksploitasi yang dilakukan oleh parti musuh itu sebenarnya juga adalah lumrah dan tidak ada gunanya PAS mengulang-ulang atau menjadikannya alasan kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah.

2. Ustaz menulis pihak musuh menimbulkan masalah dalam PR dimana ia bermaksud masalah sebenarnya tidak ada dalam PR. Ustaz tidak pula menyebut PAS. Jadi .....

3. Apabila ustaz menyeru agar jangan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara remeh temeh, saya kira ustaz sebenarnya merujuk kepada apa yang berlaku kepada PAS baru-baru ini berikutan saranan Tok Guru Nik Aziz agar diadakan EGM bagi tujuan pembersihan parti PAS. Apa yang saya nampak disini ialah ustaz telah menganggap saranan TGNA itu adalah perkara remeh yang tidak perlu di beri perhatian. Apakah betul saranan TGNA yang menimbulkan polemik sesama sendiri itu perkara remeh ustaz?

4. Berikutan perkara 3 di atas, siapakah pihak musuh yang dimaksudkan ustaz? Adakah mereka daripada kalangan parti pemerintah iaitu UMNO atau daripada mereka-mereka yang berada di luar PAS tetapi ada ikatan didalam PR? Jika pihak musuh yang dimaksudkan adalah UMNO maka ia tidak sukar di tangani kerana PAS sudah lama kenal dan sememangnya tahu bahawa UMNO itu musuh. Musuh yang jelas dan nampak. Tetapi jika mereka dari kalangan yang bersahabat denagn PAS di depan tetapi bermusuh di belakang dengan mempunyai agenda mereka sendiri, saya rasa ini yang menjadi masalah besar dan masalah sebenar yang PAS perlu tangani.

Maaf ustaz agak panjang komen saya.

Ikhlas daripada MOHAMAD NOOR HAJI BADAR SHER.
PS- ustaz apa habaq? Kalau ustaz tak keberatan sms no. tel ustaz kat saya. No. tel. saya: 019-2570906.

Abu Aliya said...

Salam Ustaz,

Alhamdulillah semuga mereka yang ikhlas dalam jemaah PAS pasti akan faham dan akur dengan teguran ustaz. Walaubagaimanapun bagi mereka yang 'keras kepala' mereka tetap akan terus mempengaruhi ahli-ahli dibawah pimpinan mereka untuk tidak mematuhi arahan pucuk pimpinan. Perkara ini sudah berlaku di kawasan Shah Alam, pada hari Ahad 1/11/09, apabila mesyuarat kawasan yang dipanggil secara mengejut hanyalah merupakan program untuk menyenaraikan kesalahan Pesuruhjaya Negeri yang dilantik oleh Presiden PAS. Padahal arahan sudah dikeluarkan untuk membiarkan Lembaga Disiplin PAS memainkan peranan mereka.

Harap ustaz serius dalam menangani penabur racun dalam jemaah kita.

Wassalam

Abu Aliya

ijoks2009 said...

Betul sungguh hok ustaz kata tu,jgn masuk perangkap musuh.

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan Dato'.
Apa yang teruk sangat dan membunuh sehingga menyerang rakan sepasukan sendiri.
Biarlah diselesaikan secara dalaman. Dulu ada yang marah apabila rakan tersebut melangkaui sidang exco, membuat kenyataan bertentangan dengan kehendak ramai.
Sekarang pulak dibuat dimedia dan seangkatan dengannya.
Dan betul juga kata rakan tersebut, sekiranya benar sebagai berkata, kenapa tak dipanggil untuk berbincang, menjelaskan apa yang terbuku..
Wallahu-a'lam.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

DAripada maklumat pembacaan saya di internet,saya terfikir juga ttg hal ini. Dan yang sangat ketara adalah semua ini adalah agenda lawan utk. melumpuhkan/mengganggu seterusnya meruntuhkan negeri2 pakatan rakyat seterusnya menang dlm pru kelak. Dlm kes Perak, mereka berhasil mengganggu gugat dan membuang banyak masa kita. Mungkin di Selangor mereka menggunakan JAIS dan Polis sebagai agen terang-terangan utk menjadi penembak mula sedang anasir mereka telah menyusup masuk lebih awal menggunakan isu kerajaan perpaduan. Saya sangat berharap agar kesatuan PAs tidak tergugat dalam hal ini. BAgaimana kaedah terbaik berdasarkan cara Rasulullah dan Islam menangani hal ini, saya rasa ustaz dan rakan2 pasti lebih arif. KAdang2 dialog empat mata dan berhikmah dapat melihat kebenaran sebenar jika dilaksanakan dalam suasana ikhlas disertai iman dan ihsan.

Hidup dan maju dunia akhirat bersama Islam.

TK

Mazli said...

Bagus komen Dato' tu dan ana setuju 100%. Dan lebih ironik lagi semua penyakit tu selepas PRU 12 dan bila kita bersama PR. Masa kita susah bersendirian dulu kita utuh dalam satu jemaah, sekarang ni dah macam2. Penyakit2 bila diuji dengan kemenangan...

Kasturi said...

Pas rasanya terperangkap dengan tindakannya sendiri. Bergabung dengan pakatan memangnya baik untuk menjatuhkan bn asalkan parti yang bergabung tidak mempersoalkan dasar dan matlamat parti lain. Masa kalah taklah ada masalah sangat, tapi bila menang ni, macam-macam masalah timbul (macam contoh nak kongsi untung bela kambing tadi). Kalau pakatan nak didaftarkan sebagai satu parti, maka semua parti dalam pakatan kena ada ada satu dasar yang samalah. Sanggupkah pas menerima dasar sekular pkr dan dap dan mengorbankan islam. Satu masalah besar sekarang ni, satu kumpulan terlampau taksub kepada pakatan, seolah-olah dia ahli parti pakatan dan bukannya ahli pas. Mereka ni menyerang pemimpin sendiri yang dilihat bertentangan dengan halatuju pakatan. Mereka ni jaga orang lain lebih dari pemimpin parti sendiri. Ini yang saya lihat pas masuk perangkap atas tindakannya sendiri. Sampai ahli pun dah nampak macam bukan ahli pas tapi ahli pkr dan dap. Saya lihat dasar islam memang takkan 'matching' dengan dasar parti-parti sekular dalam pakatan, kecualilah ulamak-ulamaknya mengambil tindakan meng'halal'kannya kerana nak menang pilihanraya.

Orang Lama said...

ustaz, saya mencadangkan supaya pimpinan pusat perlu meletakkan garis panduan khas bagi setiap pimpinan utama Pusat hingga Cawangan bila bercakap/ memberi pandangan sesuatu isu yang boleh memberi implikasi kepada perjuangan Pas. sebagai contoh, Dr Hassan bercakap sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan Pakatan sedangkan pucuk pimpinan Pusat dan Majlis Syura masih tertanya-tanya. Ini perkara amat bahaya!!! seolah-olah individu begini 'kebal' atau punya autoriti besar untuk bercakap. Lihat akibatnya, semua susah. Begitu juga TG Nik Aziz yang biasa melepaskan 'peluru' walaupun betul tetapi pihak musuh menggunakannya sebagai bola tanggung kerana mereka punya media utama. Perkar ini perlu dibincangkan peringkat pusat segera kerana praya ke 13 biarlah menjadi medan kita menyerang BN dan jangan sampai musuh attack kita sebaliknya. Mana dia think tank kita untuk persediaan ini?

Saya sungguh kesal dan sedih bila pimpinan Pas mcm tidsak bijaksana dalam mengemudikan bahtera ini. Saya menyokong supaya 'rotan besar' disediakan dan tolong usulkan supaya ahli Majlis Syura diasingkan dari Jwtkuasa Pusat/Harian. Biarlah Syura ada taring untuk memandu jamaah. Laman web PAS Pusat dan Negeri diminta menyediakan 'ruangan' peti cadangan/komen agar semua ahli atau pihak luar dapat memberi sumbangan membina. Semua komen yang membina perlu dibawa ke Unit Pemantauan peringkat Negeri atau Pusat untuk dipertimbangan ( dibangkitkan) dalam Mesyuarat Pusat/negeri.

Saya perhatikan seolah-olah AJK Pas Pusat tiada usrah pimpinan (?)akibatnya ada mereka yang 'bercakap tak serupa bikin' dan semacam tiada tarbiyah.

rijal said...

Banyak dari kita mudah terikut-ikut dengan arus media perdana.. Yg lebih malang bila pimpinan yang sepatutnya menjadi penasihat kepada presiden dan kepimpinan menjadi pelatah utama..

Semoga Allah membuka hati-hati mereka dan kita semua dengan hidayahnya

zuber said...

Benar.Adu domba, fitnah, konspirasi,rasuah adalah mainan politik UMNO.Dan sejak dulu lagi PAS amat faham dan mengerti. Itu dulu. Pasca kemenangan besar PR,mengapa masing-masing lupa, seperti lupanya sebahagian sahabat selepas menang pusingan pertama Perang Uhud.Apa-apa teori politik yang mahu diadaptasi mesti berpaksikan pada Sunnah Rasulullah SAW.Tiada istilah Terkorban. Tiada siapa dikorbankan. Tapi SEMUA wajib rela BERKORBAN. Wallahuaklam.

Post a Comment