Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: ISU PERPADUAN SEKADAR MENGALIH KEMARAHAN RAKYAT.
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



ISU PERPADUAN SEKADAR MENGALIH KEMARAHAN RAKYAT.

10 Sya'ban 1431 H | 22 Julai 2010

Tiba-tiba sahaja isu perpaduan UMNO-PAS menjadi topik utama dalam seluruh media sejurus selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga barangan 5 dalam 1, atau apa yang diistilahkan sebagai pelarasan subsidi. Persoalan utama apakah benar UMNO berhasrat untuk mencari jalan perdamaian?

Kalau benar. kita harus kembali kepada prinsip Islam:
“Bilamana kamu berselisih pendapat, maka kembalilah kepada Allah (al-Quram) dan RasulNya (Hadis ).” Apakah UMNO bersedia membetulkan perjuangannya yang berteraskan kepada fahaman kebangsaan kepada prinsip Islam? Ratusan kali seruan diminta agar UMNO membetulkan seluruh perjuangan mereka kepada Islam, namun ianya hanya menjadi pemanis bicara dalam waktu-waktu terdesak sahaja, selepas itu ia akan hilang ditelan zaman.

Kini di saat rakyat marah dan kecewa dengan tindakan kerajaan UMNO menaikkan harga barangan pengguna, mereka (media perdana) mengalihkan perhatian rakyat kepada isu perpaduan. Isu ini lebih sekadar mengalih perhatian rakyat di saat kemarahan memuncak, dan selepas 3 minggu sebelum sesuatu isu menjadi pendamik, maka keadaan kembali menjadi normal.

Kini kemarahan rakyat kepada UMNO berjaya dikurangkan dengan mengalih tumpuan dan perbincangan kepada isu perpaduan, bahkan media bukan sahaja berjaya mengalih perhatian bahkan berjaya mengalih kemarahan rakyat kepada PAS yang dianggap membelakangkan isu perpaduan. Kali ini isu ini diseliputi dengan kemunculan tokoh ulama’ dan ilmuan Islam bagi meningkatkan tahap tekanan kepada PAS.


Realiti

PAS sebagai sebuah parti politik pembangkang sedang berlawan dengan UMNO sebagai sebuah parti politik pemerintah. Soalnya apakah dua parti ini boleh ‘berdamai;, dan kembali kepada perpaduan umat Islam? Kalau ianya wujud, bermakna salah satu akan dibubar atau digabungkan. Apakah UMNO bersedia membubarkan parti bergabung dengan PAS, kerana PAS tidak akan bersedia membubarkan bagi bergabung dengan UMNO.


UMNO lah seharusnya dibubarkan kerana dasarnya yang bertentangan dengan nilai Islam, kerana bagi PAS kembali kepada kebenaran Islam adalah wajib. Bagi UMNO pula, parti yang kecil (PAS) seharusnya dibubarkan, kerana mengikut kaedah umum yang kecil perlu bergabung dengan yang besar. Tetapi bagi PAS yang tak betul dengan prinsip Islam perlu kembali kepada dasar Islam. Maka hakikatnya tak mungkin kedua parti ini akan melakukan perkara tersebut.

Tambahan pula andaian kalau PAS dan UMNO wujud perpaduan, maka kekuatan orang Melayu akan bertambah. Tinjauan kepada kerusi yang dipertandingkan menunjukkan PAS bertanding di kawasan UMNO hampir keseluruhannya. Ini bermakna kalau UMNO menang, maka kerusi Melayu menang dan begitu juga kalau PAS menang, kerusi Melayu juga dimenangi oleh orang Melayu. Jadi kekuatan orang Melayu hampir sama sahaja dengan perpaduan atau tidak. Ia tetap berada dalam gengaman orang Melayu Islam.

Maka dari berada dalam genggaman Melayu yang dipenuhi dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan serta pengkhianatan dalam UMNO, baiklah orang Melayu memberi peluang kepada PAS yang akan melaksanakan dasar Islam secara menyeluruh dan mewujudkan keadilan untuk semua

2 comments:

pemerhati said...

Salam Dato'

Pada hemat saya, untuk apa perpaduan kalau kami sebagai rakyat boleh memilih parti mana yang terbaik untuk memerintah negara. Lebih baik wujudkan sistem 2 parti yang membolehkan pemerintah dipilih setiap kali pilihanraya. Check and balance amat perlu dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Untuk apa lagi demokrasi jika perpaduan di'gembar-gembur' dan akhir sekali PAS juga yang tertipu.

Biarlah rakyat mempunyai hak untuk memilih BN atau PR untuk memerintah sepertimana yang berlaku di negara yang mengamalkan sistem 2 parti. Bukankah lebih baik begitu daripada bercakap tentang perpaduan melayu?

Pemimpin BN terutama PM, bekas PM, pak menteri, pengerusi SPR, SPRM, Ketua Polis semuanya bimbang jika BN kalah maka mereka akan mula disiasat dengan pelbagai kes penyelewengan, pembunuhan, salah guna kuasa yang selama ini mereka tutup kerana mereka berkuasa untuk menutupnya. Percayalah, mereka ini hanya ini melepaskan tengkuk sahaja. Jika berjaya mengekalkan kuasa, penyelewengan akan terus berlaku. dan andainya kalah, saya percaya mereka akan cabut lari meninggalkan negara kerana bimbang akan terdakwa di mahkamah kerana kepincangan yang berlaku dalam menguruskan negara.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya minta jauhkan usaha menyatukan UMNO dan PAS. Kalau kita sudah memilih berpolitik, berpolitiklah dengan bijaksana dan mengikut landasan Islam. Tidak salah jika sesama Melayu berpolitik jika politik itu dapat memberikan pilihan kepda rakyat bagi memilih pemimpin yang terbaik.

Unknown said...

betulkah kah ia tetap berdada dalam gengaman MELAYU.. atau terus LAYU.. ape pendirian DATO' tentang cadangan diskaun untuk bumiputera dihapuskan. Mula2 dihapuskan untuk harga RM500k keatas.. selepas ini ape yek? cukup yakin kah Dato'.. lihatlah ape yg berlaku pada 1969. saya rasa ape yg dikatakan oleh saudara ZULKIFILI NORDIN ade kebenaranya.. sedarkah DATO?

Post a Comment