Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: 'JANGAN BAGI PELURU UNTUK MUSUH MENYERANG'
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

'JANGAN BAGI PELURU UNTUK MUSUH MENYERANG'

15 Dzulka'edah 1432 H | 13 October 2011
PAS pusat akan mendapatkan penjelasan sebenar dari pengerusi DHPP berhubung beberapa kenyataan beliau yang dilaporkan dalam pelbagai perspektif.

Sehubungan itu, atas dasar mengeratkan muafakat dan sangka baik, Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil beliau dalam masa terdekat untuk memberi maklumat sebenar berhubung beberapa kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

Sebagai sebuah parti politik yang besar, kita memahami terdapat kadang-kala berlaku salah lapor dalam media berhubung beberapa kenyataan pimpinan. Oleh kerana itu, jalan terbaik ialah mendapat penjelasan langsung dari yang terlibat.

Tidak dinafikan, PAS sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudahpun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklumbalas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

Ruang demokrasi dalam PAS adalah besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, disarankan agar semua ahli selesaikan secara demokrasi di dalam parti.


Jangan jadikan isu dalaman menjadi isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali bagi media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk ‘mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil’ lebih-lebih lagi dalam keadaan PRU13 semakin mendekat.

Diharapkan ahli-ahli PAS dan DHPP boleh menggunakan saluran ini untuk mendapatkan penjelasan kepada isu-isu yang bersifat dalaman, dan jabatan penerangan akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin.

Bersangka baiklah sesama sendiri untuk membawa kemajuan dalam parti.

Diharap agar seluruh jentera parti menumpukan usaha mempertahankan kemenangan yang telah dicapai serta meningkatkan usaha bagi mencapai kemenangan menyeluruh dalam PRU13 nanti. Kemuncup dalam perjuangan tidak seharusnya menjadi dan dijadikan alasan untuk mengganggu fokus dan tumpuan kerja.

Dalam situasi parti sedang membuat persiapan akhir bagi memperkemaskan jentera pilihanraya umum, sewajarnya semua ahli PAS dan DHPP perlu mengeratkan kerjasama dan muafakat untuk menghadapi musuh.

Senjata perlu dihalakan kepada mereka di sana!

0 comments:

Post a Comment