5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012
Generasi kedua dan ketiga Felda diminta bangkit menentang
penyenaraian Felda kerana tindakan penyenaraian tersebut adalah satu rampasan kepada
hak mereka.
Tindakan ini serentak dengan pengumuman durian runtuh kepada
warga Felda untuk melupakan bahawa tanah peneroka akan dicagarkan selama 99
tahun ke Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.
Dalam erti kata lain, cadangan penyenaraian FGVH bakal menindas
generasi kedua dan ketiga Felda, kerana selepas durian runtuh sekali ini
sahaja, hasrat mereka untuk memiliki tanah tidak akan tercapai kerana telah
dicagarkan selama 99 tahun.
Janji Pakatan Rakyat pula adalah untuk jangka masa jauh
untuk kebaikan masa depan generasi kedua dan ketiga Felda.
PR sudah menjanjikan untuk membuka seluruh ladang Felda
kepada generasi kedua dan ketiga Felda melalui Tawaran Buku Jingga. Sebenarnya
tawaran tersebut adalah hadiah paling besar bagi rakyat yang belum mendapat tanah.
Golongan anak-anak warga Felda adalah golongan yang paling
beruntung bilamana Pakatan Rakyat memerintah. Serentak dengan itu, ANAK telah
menjalankan dan mengedarkan borang permohonan bagi mereka yang berkelayakan.
Ribuan permohonan diterima menggambarkan rakyat kini sangat memerlukan tanah
untuk aktiviti ekonomi mereka, di samping rumah kediaman.
Namun hasrat besar generasi kedua dan ketiga Felda untuk
menikmati tanah akan terhalang dengan tindakan BN untuk menyenaraikan Felda
melalui FGVH di Kuala Lumpur kerana tanah yang sepatutnya menjadi hak milik
mereka masa depan telahpun dipajakkan dan di’tebus’ kerajaan dengan durian
runtuh yang sekali saja.
Apa yang perlu diberi perhatian juga ialah tindakan
penyenaraian ini akan turut mengikis aset Bumiputera dan membuka laluan
lebuhraya kepada hasrat warga asing untuk menguasai aset Bumiputera.
Pemilikan harta bumiputera 30% yang menjadi matlamat DEB
telah gagal, jesteru matlamat menyusun semula masyarakat luar bandar juga
gagal.
Untuk mengatasi masalah ini, antara usaha ini ialah
meningkatkan akuiti Bumiputera melalui pemilikan ladang Felda. Namun, bilamana
ia dijadikan saham bermakna semua pihak boleh membeli, maka aset dan harta
bumiputera akan turut mengecil.
Tindakan menjadikan tanah ladang sebagai cagaran merupakan tindakan paling bodoh, kerana tanah ladang yang sekarang dikuasai 100 peratus oleh agensi kerajaan akan dibuka kepada pemilikan bukan bumi dan warga asing.
Tindakan ini tentulah mengembirakan beberapa pihak yang
selama ini memang berhasrat untuk menguasai perladangan Felda. Dengan
penyenaraian sahaja, mereka tanpa memerlukan usaha dan susah payah sudah boleh
mendapatkan tanah seluas 360,000 hektar - satu jumlah yang tidak pernah dimimpi
oleh sesiapa pun.
Walaupun kerajaan memberi jaminan pemilikan ini tidak akan
terlepas kepada pihak asing, namun hakikat bilamana ia telah menjadi unit
saham, maka tiada jaminan ianya tidak akan dijual terutamanya bagi mereka yang
membeli saham tersebut melalui pembiayaan pinjaman bank atau sewaktu berlakunya
lonjakan nilai saham tersebut.
Sekiranya hakikat bahawa ”tujuan asal tanah ladang Felda dibuka adalah untuk dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga Felda” ini disedari, bekas anggota tentera dan polis, rakyat negeri dan kakitangan Felda yang tiada bertanah sudah tentu bangkit menentang hasrat penyenaraian ini; kerana sedar akan hakikat bahawa hadiah lumayan adalah di depan di mana sekiranya PR menguasai Putrajaya, maka tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka dan bukannya dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.
Sekiranya hakikat bahawa ”tujuan asal tanah ladang Felda dibuka adalah untuk dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga Felda” ini disedari, bekas anggota tentera dan polis, rakyat negeri dan kakitangan Felda yang tiada bertanah sudah tentu bangkit menentang hasrat penyenaraian ini; kerana sedar akan hakikat bahawa hadiah lumayan adalah di depan di mana sekiranya PR menguasai Putrajaya, maka tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka dan bukannya dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.
0 comments:
Post a Comment