"Mengapa tidak minta penjelasan sebelum jatuh hukuman?" |
5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012
Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin
tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk
umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak
baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut
laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari
keadilan tetapi melalui tindakan beradab.
Saya setuju
bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan
merosakkan harta benda adalah haram. Bagaimanapun, apabila dikaitkan
dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru hara, saya
berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya
menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan
cermin mata yang telahpun rosak. Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa
Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya
amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis
Fatwa Kebangsaan ini.
Tidakkah disedari bahawa Himpunan
Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara? Himpunan ini
menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihanraya bukannya
mencetuskan huru-hara, jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui
jalan raya.
Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk? Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihanraya yang implikasinya lebih besar kepada negara?
Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar pro kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan. Justeru, soalan saya ialah fatwa kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?

Huru-hara tercetus jika ia
dihalang. Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika
kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan
disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara. Jika
BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden
UMNO di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak
rakyat menukar kerajaan Kelantan?
Justeru cukuplah saya
mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur
langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan.
Dengan hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
0 comments:
Post a Comment