Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: May 2012
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

TUN M JADI 'TALIAN HAYAT' UMNO-BN

21 Jamadil Akhir 1433 H | 13 May 2012

SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan menimbulkan kekecohan ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak berasas.

“Jika kita lihat sejarah Dr Mahathir, selalunya kenyataan beliau memberi maksud yang lain. Kita perlu melihat secara tersirat. Beliau sukakan perkara paradoks.


“Jika Umno-BN tewas pada PRU13, maka merekalah yang mencetuskan keganasan. Oleh itu saya melihat kenyataan Dr Mahathir sebagai kenyataan pihak yang berada di hujung nyawa,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Sinar Harian semalam.


Semalam, Dr Mahathir berkata pihak pembangkang akan melancarkan demonstrasi ganas sebagai satu cara untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat negara ini menolak keputusan pilihan raya yang kononnya telah dimanipulasi oleh kerajaan BN.


Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula mendakwa Dr Mahathir berkhayal dan kenyataannya itu adalah salah satu manifesto kerajaan Umno- BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi menimbulkan tanggapan negatif terhadap parti Pakatan Rakyat (PR).

"Saya merasakan Mahathir dihantui oleh keganasan demontrasi yang berlaku seperti di negara Arab dan nasihatkan supaya tidak terlalu berfikir negatif kepada demonstrasi yang dilakukan di Malaysia.

"Kita berhimpun menggunakan cara yang sah dan ikut undang-undang dan sama sekali tidak ada niat untuk cetuskan hura-hara pada Bersih 3.0 lalu," katanya.

Salahuddin turut berkata, setelah 12 kali PRU diadakan tetapi parti PR tidak pernah lakukan perkara yang menyalahi perlembagaan dan mereka rela kalah pada sitem pilihan raya walupun tidak berpuas hati dengan PRU 13 akan datang.

“Bayangkan kalau memang kami berniat untuk bertindak ganas pada hari itu, Kuala Lumpur akan menerima kesan yang dasyat dan saya bimbang kalau BN yang akan berkelakuan ganas seperti yang terjadi pada ceramah semalam (malam kelmarin)," katanya. - SinarHarian

MAJLIS FATWA PERLU BERDIRI DENGAN KEKUATAN SENDIRI

17 Jamadil Akhir 1433 H | 9 May 2012

Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.

Tindakan ini dilihat sangat tidak baik dan tidak sihat kerana kedudukan Majlis Fatwa sangat tinggi di kaca mata umat Islam kini dipertikai. Majlis Fatwa yang merupakan institusi tertinggi dan kredibilitinya dalam mengeluarkan fatwa seharusnya sentiasa dihormati dan dirujuk. Namun episod terbaru ini telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa.

Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian.

Saya melihat kenyataan Majlis Fatwa bukanlah perkara pelik, atau bercanggah dengan nas. Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.

Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS menerimanya.

Namun apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir seolah-olah telah melakukan perkara bertentangan syarak apabila menghadirkan diri di Bersih 3.0.

Seseorang yang hadir dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak, lebih-lebih lagi jika ianya adalah sebahagian dari penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.

KISAH SYARIP DOL & PENEROKA FELDA





17 Jamadil Akhir 1433 H | 9 May 2012


Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun. Selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk di situ.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, naya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini. Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.

RAHIM NOOR - MINTA MAAF ATAU BERDEPAN SAMAN!

5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012
PAS  mengecam keras kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar! Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa. Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej NST yang baru-baru ini tercalar teruk kerana memutar-belitkan kata-kata senator Australia, Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

MAJLIS FATWA - JANGAN BERJALAN SEBELAH KAKI, NANTI PINCANG MENGATUR LANGKAH

"Mengapa tidak minta penjelasan
sebelum jatuh hukuman?"
5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012
Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin tentang  Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melalui tindakan beradab.

Saya setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak. Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini.

Tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara? Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihanraya bukannya mencetuskan huru-hara, jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

GENERASI MUDA FELDA - AYUH BANGKIT BUAT PERUBAHAN

5 Jamadil Akhir 1433 H | 27 April 2012
Generasi kedua dan ketiga Felda diminta bangkit menentang penyenaraian Felda kerana tindakan penyenaraian tersebut adalah satu rampasan kepada hak mereka.

Tindakan ini serentak dengan pengumuman durian runtuh kepada warga Felda untuk melupakan bahawa tanah peneroka akan dicagarkan selama 99 tahun ke Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.

Dalam erti kata lain, cadangan penyenaraian FGVH bakal menindas generasi kedua dan ketiga Felda, kerana selepas durian runtuh sekali ini sahaja, hasrat mereka untuk memiliki tanah tidak akan tercapai kerana telah dicagarkan selama 99 tahun.

Janji Pakatan Rakyat pula adalah untuk jangka masa jauh untuk kebaikan masa depan generasi kedua dan ketiga Felda.

PR sudah menjanjikan untuk membuka seluruh ladang Felda kepada generasi kedua dan ketiga Felda melalui Tawaran Buku Jingga. Sebenarnya tawaran tersebut adalah hadiah paling besar bagi rakyat yang belum mendapat tanah.

Golongan anak-anak warga Felda adalah golongan yang paling beruntung bilamana Pakatan Rakyat memerintah. Serentak dengan itu, ANAK telah menjalankan dan mengedarkan borang permohonan bagi mereka yang berkelayakan. Ribuan permohonan diterima menggambarkan rakyat kini sangat memerlukan tanah untuk aktiviti ekonomi mereka, di samping rumah kediaman.

Namun hasrat besar generasi kedua dan ketiga Felda untuk menikmati tanah akan terhalang dengan tindakan BN untuk menyenaraikan Felda melalui FGVH di Kuala Lumpur kerana tanah yang sepatutnya menjadi hak milik mereka masa depan telahpun dipajakkan dan di’tebus’ kerajaan dengan durian runtuh yang sekali saja.

Apa yang perlu diberi perhatian juga ialah tindakan penyenaraian ini akan turut mengikis aset Bumiputera dan membuka laluan lebuhraya kepada hasrat warga asing untuk menguasai aset Bumiputera.

Pemilikan harta bumiputera 30% yang menjadi matlamat DEB telah gagal, jesteru matlamat menyusun semula masyarakat luar bandar juga gagal.

Untuk mengatasi masalah ini, antara usaha ini ialah meningkatkan akuiti Bumiputera melalui pemilikan ladang Felda.  Namun, bilamana ia dijadikan saham bermakna semua pihak boleh membeli, maka aset dan harta bumiputera akan turut mengecil. 

Tindakan menjadikan tanah ladang sebagai cagaran merupakan tindakan paling bodoh, kerana tanah ladang yang sekarang dikuasai 100 peratus oleh agensi kerajaan akan dibuka kepada pemilikan bukan bumi dan warga asing.

Tindakan ini tentulah mengembirakan beberapa pihak yang selama ini memang berhasrat untuk menguasai perladangan Felda. Dengan penyenaraian sahaja, mereka tanpa memerlukan usaha dan susah payah sudah boleh mendapatkan tanah seluas 360,000 hektar - satu jumlah yang tidak pernah dimimpi oleh sesiapa pun.

Walaupun kerajaan memberi jaminan pemilikan ini tidak akan terlepas kepada pihak  asing, namun hakikat bilamana ia telah menjadi unit saham, maka tiada jaminan ianya tidak akan dijual terutamanya bagi mereka yang membeli saham tersebut melalui pembiayaan pinjaman bank atau sewaktu berlakunya lonjakan nilai saham tersebut.

Sekiranya hakikat bahawa ”tujuan asal tanah ladang Felda dibuka adalah untuk dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga Felda” ini disedari, bekas anggota tentera dan polis, rakyat negeri dan kakitangan Felda yang tiada bertanah sudah tentu bangkit menentang hasrat penyenaraian ini; kerana sedar akan hakikat bahawa hadiah lumayan adalah di depan di mana sekiranya PR menguasai Putrajaya, maka tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka dan bukannya dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.