Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: TAULIAH - APAKAH KERANA DIA DR ASRI ATAU KERANA UNTUK MENGAIBKAN PAKATAN RAKYAT, ATAU ADA AGENDA LAIN…..
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



TAULIAH - APAKAH KERANA DIA DR ASRI ATAU KERANA UNTUK MENGAIBKAN PAKATAN RAKYAT, ATAU ADA AGENDA LAIN…..

SELASA, 03 NOVEMBER 2009 | 15 ZULKAEDAH 1430H


Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Bahkan PAS konsisten membantah tindakan tersebut. Cuma yang anehnya ialah kenapa UMNO bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor. Begitu juga Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya. Begitu juga Dato' Ismail Kamus, Mufti Perak Dato' Harussani juga dihalang menyampaikan kuliah di beberapa negeri.

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Bagi saya isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini.

Saya sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan pemimpin UMNO membela mereka yang bersalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari pemimpin UMNO akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.


Sekali lagi saya nyatakan bahawa jabatan-jabatan agama setiap negeri harus bezakan antara tokoh agama yang mempunyai ijazah dalam bidang agama, dan diiktiraf oleh masyarakat. Takkanlah mereka ini pun perlukan tauliah juga. Kena tengoklah siapa mereka, bukan tengok di negeri mana mereka berceramah sahaja. Kerana itu, pimpinan PAS kita konsisten menentang keperluan tauliah bagi golongan yang memang diketahui keilmuannya, diiktiraf oleh masyarakat dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama untuk menyampaikan ilmu agamanya di mana sahaja.

13 comments:

PARTI SATU MALAYSIA said...

Jika komen diberikan tidak menyetujui apa yang dibincangkan adakah ia akan dipaparkan, seperti komen saya semalam keatas tajuk JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA MUSUH.

Terima Kasih Dato'

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

Salaam 'alaik Ustaz,

Apa pandangan ustaz tentang spekulasi yang menyatakan tindakan sedemikian adalah untuk menyekat kemaraan ajaran Wahabi di Malaysia.

*saya sekadar bertanya, dan tidak tahu kebenaran perkara ini.

Terima kasih.

Sosialis Hijau said...

Salam,

nak minta 1 je. Boleh tak buang title Dato' pada pangkal nama Ustaz tu. Saya dah meluat dengan gelaran yang langsung tak ada nilainya tu. Kezaliman pemimpin UMNO kita boleh londehkan tapi kezaliman Raja melayu mengapa kita diamkan. Nanti Allah tak tanya ka? Arak,judi, perempuan dan macam2 maksiat yang raja2 melayu buat tak kan kita tak tau.

Sosialis Hijau

Anonymous said...

Salaam Dato'.
ana setuju dgn analisa Dato'.

cadangan:
1. dulu zaman umno jais terkenal agensi talibarut umno roboh surau, sekat kuliah dan seumpamanya.

kini di bawah PR kenapa Khusrin dan tenteranya tak ambil langkah agresif yg sama utk tangkap melayu yg bersepah berjudi dan saman kedai judi yg jual pd melayu?

oleh itu Pas wajib tegur PR s'ngor agar tak diam diri sedang kita berkuasa.

judi dosa besar,
takut bala Allaah turun dan kita kalah dlm pru akan datang.

Anonymous said...

Tuan

Dilarang memberi ceramah ada bezanya dengan diserbu dan ditangkap serta dibawa ke balai polis

Pernahkah harun din,ishak baharom atau ismail kamus diserbu dan di tangkap?

Pernahkah JAIS memberi amaran kepada asri semada bertulis atau lisan bahawa beliau jangan berceramah di selangor

asri bukan gangster bukan penjenayah,kenapa JAIS tak boleh duduk berbincang dengan asri dan beri amaran supaya beliau jangan buat lagi sebelum dapat tauliah

orang umno semua jahat,kakitangan kerajaan semua rasuah dan sekarang bekas mufti pulak ditangkap

kemana lagi orang islam/melayu nak pergi?

PAS? dua kali lima saja Tuan!
Nik aziz kata lain,hj hadi cakap lain,hassan ali buat lain dan khalid samad cerita lain!

Anonymous said...

isunya memang DR.ASRI utk pemgetahuan ust.tuan,Dr.asri ialah senjata ampuh bekas mb perlis shahidan kassimsemasa hayat mb nya...dr.asrilah yg dipertanggungjawabkan membentangkan kertas kerja bertajuk "pas parti bughah" yang disampaikan di penang dgn mewajibkan kehadhiran para imam dan pegawai agama di perlis..perkara ini boleh ust.tuan rujuk sendiri pada ketua penerangan pas ust.idris ahmad..klu suruh rujuk saya,apalah saya ni hanya budak hingusan...tidakkah ustaz tuan merasa suatu kepelikan apabila Sisters In Islam turut turun padan membela Dr.Asri? bukanlah suatu yg pelik bg mereka yg tahu kaitan sb ugama umno ini(asri)yg terlibat secara berselindung bersama sisters in islam...dia memang talibarut umno shahidan semasa hayat politik mb itu sehinggakan sesiapa sahaja yg menentang shahidan dihukum penderhaka...rakyat perlis tidak boleh memaki hamun shahidan kerana kepatuhan kepada shahidan termasuk kepada ketaatan kepada ulil amri...itulah alasn dr.asri semasa hayat muftinya...rujukan sahih muttasil kepada exco pemuda pas perlis ustaz yusaini yahya...juga rujukan muktamad kepada YB.PESURUHJAYA PAS PERLIS USTAZ HASHIM JASIN..ini bukan isu sama ada ditangkap di selangor atau johor...ini isu pembelaan terhadap makhluk botol peliharaan shahidan bernama asri zainal abidin...dan penangkapan jais bukan bermotif politik atau mengenakan dr.hasan tetapi di atas asas ajaran wahhabi dr.asri ini...mantan mufti ini bijak menyusun pengaruhnya sehingga ahli pas pun termakan umpan sialnya...dia memang umno...rujuk sendiri pilihanraya kecil di machap melaka,dalam pada menyatakan bid'ah membaca yasin malam jumaat,tetapi sempat pula menemani ismail kassim(mp arau sekarang)membaca yasin utk kemenangan calon mca di sana...hanya kali ini saya bersama jais kerana tindakannya bukan atas dasar politik tetapi peraturan selangor yg menghalang penyebaran fahaman wahhabi...pimpinan kena pandai tackle isu,jangan main bantai saja...tak perlu bela lah asri ni,cukuplah shshidan buat report polis di kangar ptg tadi untuk melindungi penasihat peribadinya itu(dr.asri),yg diusung merata setelah jatuhnya dia dari mb dan jatuhlah asri dari mufti...cuba lihat betul2 hayat mufti ini bersama shahidan...UST.TUAN,tolong rujuk pada UST.IDRIS AHMAD,UST.HASHIM JASIN DAN UST.YUSAINI YAHYA sekiranya ust.tuan tidak langsung percaya pada komen saya di sini...saya hanyalah seorang ahli kerdil yg tida nilai di sisi parti org2 profesional...wallahu a'lam

Unknown said...

Betul tu Dato, lepas tu ada pulak MP Pas tumpang sekaki dengan UMNO komen hentam JAIS, sebuah jabatan negeri yang diperintah oleh PR sendiri.

Cucu Kaum Muda said...

Saya amatsetuju dgn tuan bahawa ada agenda umno di sana tetapi faktor wahabbi relevan juga. Saya dengar sejak dahulu lagi puak ASWJ KL dan Sgor 'menyesatkan' wahabbi dan begitu juga kumpulan minoriti yg mengatakan penganut Syafie sbg 'muqalid' dan melakukan ibadah menyalahi sunnah ( rujuk kumpulan kaum muda di Kuala Pilah yang terus menjadi dilemma di Negeri Sembilan). Saya nampak kekeliruan itu terus berpanjangan tetapi puak sekular mengambil kesempatan, bukankah Najis yang melamar Dr Maza utk Yadim? saya kira pimpinan Pas khasnya Dewan Ulama memainkan peranan untuk mengambil pendekatan terbaik. Ramai ahli Pas dari kaum muda dan kita perlu tunjukkan kita istiqomah dalam perjuangan Islam.

Kasturi said...

Manusia kalau ikut undang-undang sudah tentu tiada masalah.Kerajaan pun nak tengok juga undang-undangnya dipatuhi. Masalahnya tidak konsisten dan pendakwaan terpilih..

Anonymous said...

Akhir sekali, PAS menyertai BN. Cerita penangkapan Dr Asri baru permulaan.

Anonymous said...

slm dato' boleh terang kan masalah bai'ah yg berlaku. kalau tak silap saya dato' pernah bercerita mengenainya dlm kuliah dato' ade dlm youtube. kalau sy silap sy mtk maaf.

jab sp said...

awatlah tuan buat ulasan yang haru biru ni.tuan tak ikut perkembangan politik kot.

yazid said...

Saya setuju dengan pandangan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man..

Cuma ingin saya tambah sedikit..apa yang di bimbangkan ialah pemikiran Dr. Asri yang mungkin boleh mengelirukan pemikiran umat Islam di Selangor secara Khususnya dan di Malaysia secara amnya ..Antaranya ialah Bacaan Selawat Syifa' yang dikatakan oleh Dr. Asri bercanggah dengan akidah Islam..

Sedangkan Selawat Syifa' ini telah diamalkan oleh sebahagian Umat Islam Di Malaysia..Bahkan kami sendiri anak-anak murid Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din turut beramal dengan selawat ini dan Tuan Guru Kami Dato' Dr. Harun Din yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas juga turut mengamalkan Selawat ini.... Bahkan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas dan juga Menteri Besar Kelantan juga turut mengamalkan Selawat Syifa'..

Jadi jika Dr. Asri mengatakan Selawat Syifa ini bercanggah dengan aqidah Islam bagaimana pula kedudukan pengamalnya? yang ia juga turut diamalkan oleh Ulamak-ulamak Besar seperti Tuan Guru Dato' Dr. Harun DIn dan juga Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat?

Bukankah ia mengelirukan umat Islam dan masyarakat awam secara Amnya dan juga mengelirukan ahli-ahli Pas sendiri..

Ini baru satu isu..ada lagi isu-isu lain yang dikhuatiri boleh memeningkan umat Islam dan dikhuatiri juga boleh memecah-belahkan umat Islam..

Jadi tindakan JAIS menahan Dr. Asri adalah satu tindakan yang wajar..

Mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan mengampunkan dosa-odsa saya dan umat Islam keseluruhannya...wassalam

Post a Comment