25 Safar 1432 H | 30 Januari 2011
Isu pelepasan nyamuk GM di Bentong, Pahang menjadi satu kebimbangan apabila dilepaskan tanpa makluman rasmi khususnya kepada penduduk setempat. Ianya dinatijahkan apabila pelbagai rungutan masyarakat setempat diterima oleh PAS Pahang dan turut mendapat liputan media antarabangsa. Kita juga seharusnya perlu tahu mengapa pelepasan nyamuk GM ini menjadi isu nasional.
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris menunjukkan risalah nyamuk GM |
Berdasarkan daripada penyelidikan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) , dirumuskan 10 perkara mengenai isu nyamuk GM:
- Ubah suai genetik boleh memberikan kesan yang tidak dijangka - masih banyak persoalan berkaitan keselamatan nyamuk GM belum terjawab
- Kurang pengetahuan dan pengalaman tentang nyamuk GM, dan kebimbangan saintis mengenai kesan terhadap kesihatan dan alam sekitar
- Ujikaji akan diulang beberapa kali, dan sebilangan besar nyamuk GM akan dilepaskan lagi
- Tiada jaminan hanya nyamuk jantan GM dilepaskan - pemilihan nyamuk secara manual dan kemungkinan berlaku penyebaran nyamuk betina tetap ada
- Sesetengah larva GM yang 'diprogramkan untuk mati' akan hidup - anak yang dihasilkan apabila nyamuk jantan GM mengawan dengan nyamuk betina liar mempunyai peratusan 3-4% hidup!
- Berjuta nyamuk GM akan dilepaskan secara berterusan sebagai strategi kawalan denggi di Malaysia
- Teknologi GM dimiliki oleh Oxitec Limited, UK yang memegang paten global teknologi ini - syarikat ini mengalami kerugian kewangan, dan dibimbangi mereka akan membuat keuntungan daripada nyamuk GM
- JIka nyamuk GM berkurangan sekalipun, kemungkinan spesies nyamuk lain, Aedes albopictus yang boleh menyebarkan denggi dan chikungunya, akan meningkat
- Malaysia negara kedua di dunia diuji selepas Kepulauan Cayman - masih tiada keputusan ujian di sana, dan perbezaan alam sekitar di sana tidak memungkinkan perbandingan dapat dilakukan
- Penduduk setempat mempunyai hak menolak ujikaji ini - tanpa persetujuan penduduk, ujikaji ini tidak boleh dilakukan
0 comments:
Post a Comment