30 Muharram 1432 H | 5 Januari 2011
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w amat menyukai melakukan secara berjemaah dalam tiga perkara, iaitu:
- Solat - di samping ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat berseorangan, solat berjemaah juga sebagai lambang kesepaduan ummah, di mana masing-masing saling menampung antara satu sama lain. Ada ketikanya kita tidak khusyuk, tetapi jemaah lain dalam keadaan khusyuk. Di akhirat nanti, Allah akan mengira solat kita juga secara jemaah, dan kita akan tergolong dalam golongan orang yang khusyuk. Di samping itu juga, terlalu sukar untuk syaitan mengganggu ketika solat berjemaah. Untuk itu perlu kita pastikan saf dalam keadaan lurus, dan sebolehnya serapat yang mungkin (bahu bertemu bahu).
- Musafir/berjalan - Nabi Muhammad s.a.w akan memastikan setiap perjalanan yang dilalui baginda akan bersama para sahabat. Antara kebaikannya adalah boleh menjamin solat dilakukan secara berjemaah, mengelakkan fitnah dan gangguan syaitan, dan boleh membantu antara satu sama lain ketika dalam kesusahan
- Makan - apabila makan secara beramai-ramai ini akan mendatangkan keberkatan daripada Allah s.w.t. Mungkin makanan yang dihidangkan itu pada zahirnya sedikit, tetapi dengan keberkatan yang Allah berikan ianya mencukupi. Islam juga mengajar agar tidak berlebih-lebih ketika makan - makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Dengan makan berjemaah ini akan mendisiplinkan diri kita untuk mengambilnya sekadar yang kita perlukan, bukan mengikut nafsu
Begitulah, betapa indahnya ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Setiap apa yang diperkatakan baginda itu mempunyai kebaikan yang kadang kala umat Islam tidak mempraktikkannya, tetapi diamalkan oleh orang bukan Islam. Mudah-mudahan kita dapat beramal, memperbaiki segala kekurangan yang ada dengan masa yang semakin singkat untuk kita, dan sebar-sebarkanlah untuk kebaikan kita semua.
Wallahua'lam...
Wallahua'lam...
0 comments:
Post a Comment