Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SEMUA AHLI ADALAH AGEN PENERANGAN PAS
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



SEMUA AHLI ADALAH AGEN PENERANGAN PAS

26 Muharram 1432 H | 1 Januari 2011

Semua petugas PAS diminta melakukan kerja secara bersistem dan berfokus agar objektif besar yang dihasrat parti untuk melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang dapat dicapai. Mereka perlu melaksanakan tanggung-jawab sebagai agen penerangan parti bagi memastikan rakyat memperolehi maklumat tentang pelbagai isu. 

Negara diwarnai dengan bermacam-macam isu yang perlu diketahui oleh semua rakyat. Dan kerajaan UMNO-BN kini mengambil langkah yang 'baik' apabila menggunakan segenap media di bawah jajahan takluknya untuk memanipulasi isu-isu tersebut agar kelihatan kerajaan tidak bersalah, dan Pakatan Rakyat lah dalangnya.



Antara isu yang hangat diperdebatkan sejak kebelakangan ini:

  • Perjanjian APCO bersama kerajaan Malaysia - apakah sebenarnya yang dimerterai dan kesannya kepada negara apabila melantik sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan regim Israel
  • Penggantungan DS Anwar dan beberapa MP lain yang membangkitkan isu APCO di Parlimen - apa sebenarnya yang terjadi, dan adakah keadilan untuk membela diri diberikan kepada mereka?
  • Kenaikan harga bahan api yang mencetus kepada kenaikan harga barangan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan tiada kenaikan pada tahun 2010
  • Saman kepada Felda - adakah PR tidak membuat sebarang kajian sebelum mengambil tindakan mahkamah kepada Felda, dan adakah dengan menolong para peneroka untuk mendapatkan hak mereka dianggap sebagai penghasut?
  • Berita-berita berunsur fitnah terhadap Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pindang dan Selangor, dan serangan berbentuk peribadi kepada kepimpinannya yang diberikan imej yang negatif

Oleh itu perlu setiap daripada kita yang mendokong perjuangan PAS ini menjadi penyalur maklumat kerana rakyat tidak mendapat berita secara adil. Bukan sahaja kita perlu menjelaskan semula isu-isu tersebut kepada mereka, tetapi ceritakan juga kejayaan-kejayaan yang dicapai di negeri-negeri Pakatan Rakyat agar minda mereka lebih terbuka dan tidak selamanya beranggapan 'UMNO-BN lah segalanya'.

Manfaatkan segala kepakaran yang dimiliki, berkorbanlah tenaga, masa dan wang ringgit, dan setiap daripada kita mesti berperanan sekalipun hanya mampu menampal sekeping poster. Ingat, kita tidak mempunyai masa yang banyak lagi. 
Salam perjuangan....

0 comments:

Post a Comment