Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: DAKWA MAT SABU - ADAKAH NAJIB BOLEH DIPERCAYAI?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

DAKWA MAT SABU - ADAKAH NAJIB BOLEH DIPERCAYAI?


22 Syawal 1432 H | 21 September 2011

Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan sangka buruk rakyat bahawa sememangnya janji Perdana Menteri (PM) Umno tidak boleh dipercayai.


Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan ada kebenarannya oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul ‘Pengukir Nama Johor’,  kajian tesis 
pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim di tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera.


Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa ‘negara pernah dijajah British’.


Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Dr Mahathir adalah betul.


Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?


Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh MPN, tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.


Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?


Secara 'simple' nya ini yang berlaku - “Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi Umno dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada ‘Mohamad Sabu menyokong komunis’ dan menyebarkannya ke merata tempat.”


Sedangkan, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera. 


Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu?


Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro Umno, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.



Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik? Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata.


Antara janji PM Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta ISA baru-baru ini ialah tiada tangkapan kerana politik akan dilakukan.


Belumpun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.


Kini, rakyat boleh menilai sejauhmana janji-janji PM yang dilaungkan sempena sembutan Hari Malaysia boleh dipercayai bilamana Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA.


Apabila berdepan, Umno BN menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan Najib untuk memansuhkan ISA, tapi di belah belakang, mereka pula hendakkan dua akta baru yang menggantikan ISA mesti mempunyai roh ISA.


Dari sudut politik, flip-flop Umno dan percanggahan kenyataan antara menteri-menteri Umno telah memperlihatkan kepada rakyat sebenarnya Umno BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan demi rakyat.


Mengharap pembaharuan daripada Umno-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa “kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat.”


Rakyat perlu bangkit bagi membawa perubahan total dalam pilihanraya umum yang akan datang. Untuk menghapuskan akta yang zalim, kita perlu hapuskan dahulu pemimpin yang zalim. Tidak mungkin rakyat akan mendapatkan keadilan dari sistem yang tidak adil dan orang yang secara sengaja mengumumkan secara terbuka bahawa, “Aku tidak pandai menipu.”

0 comments:

Post a Comment