Perisytiharan penghapusan akta zalim ISA pada 15 September telah memenuhi dada-dada akhbar. Seperti biasa juak-juak Umno, yang dulunya lantang melaungkan dan memperjuangkan pentingnya ISA dikekalkan, telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat.
Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian.
Pada tahun 2009, kerajaan BN berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukannya memansuhkan ISA. Malah pada bulan Disember 2009, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa 'semua pihak' sepakat ISA dikekalkan.
'Lembu punya susu, sapi dapat nama'
Pakatan Rakyat pula dalam Buku Jingganya pula menyatakan akan memansuhkan ISA. Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli Perdana Menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga.
Malah, Najib menyuarakan bahawa “inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah keputusan dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain.”
Mananya penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Takkanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA, langsung tiada kredit!?
Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu?
Secara tiba-tiba, 'pejuang-pejuang' yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA kini menjadi hero, manakala yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan. Tindakan ini terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan… sejarah seolah-olah diulang tayang untuk membuka mata rakyat.
Cukup marah nampaknya Perdana Menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain. Barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen PR dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel.
Media perdana kini terus memberikan bayangan bahawa Perdana Menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya, sehinggakan Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepadanya kerana tersilap membuat andaian.
PAS 'tunggu dan lihat'
Sebagaimana penjelasasan TG Presiden sebelum ini, PAS akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan berhati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan 'pengganas' yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam.
Tafsiran 'pengganas' dan 'ancaman' ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno-BN ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui.
PAS akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman.
Namun, kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan. Apa yang menjadi keraguan rakyat ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi bila tiba pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan. Bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan Umno BN, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan tinggal 'nyawa-nyawa ikan.'
Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno BN yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihanraya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian.
Rakyat perlu berani buat perubahan
Pada masa yang sama, rakyat kini dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno-BN, selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, tetapi bagaimana pula dengan penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah? Adakah akan turut terhenti daripada terus berlaku?
Jawapannya TIADA JAMINAN selagi Umno-BN dikekalkan. Terbaru, Najib sudahpun memberikan bayangan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST selepas PRU13!
Oleh itu, jaminan terbaik sekarang ialah dengan mengambil langkah berani, untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Bagi peluang untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang tertera dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke 13.
Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana ‘rakyat’ adalah bos mereka yang sebenar. Hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal. Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno-BN akan berubah satu hari nanti.

0 comments:
Post a Comment