15 Rabi'ul Akhir 1433 H | 9 March 2012
Bila SBPA akhirnya dimansuhkan, ternyata satu rumusan dapat disimpulkan iaitu keputusan telah dibuat melalui proses yang tidak teliti terhadap semua kemungkinan dan implikasi yang bakal dihadapi.
Bila SBPA akhirnya dimansuhkan, ternyata satu rumusan dapat disimpulkan iaitu keputusan telah dibuat melalui proses yang tidak teliti terhadap semua kemungkinan dan implikasi yang bakal dihadapi.
Dan kerajaan yang ada tidak punya integriti dan ketelusan untuk uruskelola pentadbiran yang baik. Pokoknya ini melambangkan kelemahan kerajaan yang sangat ketara.
Bila pihak JPA mengumumkan setiap penjawat awam perlu menandatangani berhelai-helai dokumen, begitu banyak dokumen yang dicetak khas untuk ditandatangani oleh penjawat awam yang melebihi 1 juta orang. Setiap penjawat dan kerani di pejabat mengambil masa berhari-hari mengejar kakitangan supaya melengkapkan dokumen sebelum tarikh yang ditetapkan.
Ketika mana keputusan menguatkuasakan cadangan SBPA diumumkan, maklum balas negatif dari pelbagai pihak nampaknya terlalu lambat untuk diambil kira dengan serius. Malah teguran dan bantahan dilihat dari kaca mata politik pembangkang.
Sehingga JPA dan pejabat PM menerima lebih 1,000 memorandum bantahan yang bertalu-talu barulah akhirnya keputusan dimansuh diumumkan.
TERAS mempersoalkan kebijaksaaan dalam proses membuat keputusan di pihak kerajaan sejak awal lagi.
Apakah ketika sesuatu perubahan hendak dilancarkan, suatu kajian yang cukup mendalam tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman hendak dilakukan?
Setelah diumumkan pemansuhan SBPA, ramai yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan kerana kelihatan seolah keputusan dibuat tidak dengan teliti.
Hanya bila menerima reaksi balas negatif dan setelah sedemikian banyak masa, sumber peruntukan dan tenaga terlibat, barulah keputusan ditarik balik.
Sekarang kerajaan terpaksa menanggung implikasi persepsi negatif penjawat awam terhadap kepimpinan kerajaan.
Apakah kerajaan di bawah Najib kembali mempamerkan kerajaan “flip-flop”?
Apakah kerajaan di bawah Najib kembali mempamerkan kerajaan “flip-flop”?
Apakah kerajaan perlu mendapat tentangan yang meluas dari rakyat baru kerajaan cuba merasionalkan keputusan untuk merubah?
Kami berpendapat ini menunjukkan kelemahan dalam urus kelola yang sangat buruk.
Jika polisi boleh ditukar-tukar dalam masa yang singkat, tetapi sumber peruntukan wang dibelanjakan dengan sebegitu besar, ini jelas menunjukkan kelemahan dan kepincangan.
TERAS juga memanjangkan penelitiannya terhadap banyak lagi projek gajah putih yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Betapa pembaziran yang bernilai ratusan juta di seluruh negara berlaku di hadapan mata rakyat menimbulkan pertanyaaan - adakah kerajaan tidak mempedulikan lagi wang rakyat yang dibelanjakan? - Harakahdaily
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).
0 comments:
Post a Comment