Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: WACANA PEMUDA PAS & UMNO DIPUJI
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

WACANA PEMUDA PAS & UMNO DIPUJI

SABTU, 04 JULAI 2009 | 11 REJAB 1430H

Mohd Sabri Said
Fri | Jul 03, 09 | 3:41:57 pm MYT

PERMATANG PAUH, 3 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan langkah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bersemuka dengan Umno dalam 'Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan Umno Tidak bertentangan Dengan Islam' harus dipuji kerana sikap itu dapat membongkar Umno sebenarnya.

Tambahan lagi usaha itu selari dengan kehendak Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdebat dengan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, perbahasan mengenai kebenaran tidak akan selesai selagi masing-masing berkeras tanpa adanya pertemuan berdasarkan kebenaran al-Quran.

"Apa-apa pertelingkahan pun jika mahu ukur siapa yang benar mesti kembali kepada al-Quran. Jika tidak semua akan berpanjangan," tegasnya.

Pertemuan itu juga boleh meninggalkan impak besar kepada PAS sebagaimana pertemuan atas dasar kemanusiaan Palestin oleh dua tokoh tanah air antara Presiden PAS waktu itu, Dato' Fadhil Noor dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun bukan mencari titik pertemuan perjuangan antara PAS dan Umno tetapi atas nama keadilan sejagat ekoran penindasan yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin.

Yakin dan bersabar untuk melihat pertemuan itu sebab selalunya Umno akan mencari helah untuk membatalkanya demi tidak mahu menanggung malu jika panel yang mewakili Umno gagal mengemukakan hujah yang bernas, katanya.

"Apapun ahli kita harus bersatu dan bersabar serta terbuka hati untuk melihat penghujahan itu nanti. Rakyat pun akan menilai penghujahan kerana lazimnya hujah Umno pakai pemikiran bukannya ilmiah yang termaktub dalam al-Quran. Ataupun Umno sendiri akan mengumumkan pembatalan saat-saat akhir bila merasai diri mereka tertekan," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. - mns_

1 comments:

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum wr. wbt.
Saya lebih bersetuju dengan pendapat ini:

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2009/07/wacana-pemuda-pas-umno-kerja-lagho.html

Lebih afdhal dan lebih aula.

AHS.

Post a Comment