Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MASIH ADA YANG MENYOKONG KEZALIMAN!!!
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



MASIH ADA YANG MENYOKONG KEZALIMAN!!!

SABTU, 18 JULAI 2009 | 25 REJAB 1430H

Blog ini telah menerima komen dari seorang pembaca berkaitan tajuk 'MENGAPA ISA ZALIM'. Tulisannya persis seorang UMNO, yang hatinya amat terguris bila sahaja isu ISA ini diterbitkan.

Setiap hari komen beliau sentiasa menjadi satu persoalan...mengapa masih ada lagi yang menyokong akta yang cukup zalim ini....Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka untuk menerima kebenaran...

Komen beliau terpaksa dibalas bagi menjawab segala kritikan dan sebagai sokongan MANSUHKAN ISA!


4 comments:

al-mankaraqi said...

Salam ziarah,

Seseper buat zalim koi tentang, tak kirer beloh mana. Tuhan dah turun undang2 molek2, dibantainya lawan. Nak nikoh beranok, kenduri, sakit mati pandei pulok cari orang agama.

Ader ke patut?

almankaraqi.blogspot.com

Anonymous said...

dah tu... hantam la sekali yang nak berbaiah dengan amnu tu ustaz...

penat kami kat bawah ni lawan amnu sampai dapat kurang majoriti 2/3 dari kecik sampai ke besar... tetiba datang orang baru dari mana-mana, terus nak berbaiah dengan amnu...

kami dah rasa bermacam hasil penindasan amnu terhadap kami para marhaen ni....

ada yang kena tukar ke ulu, terpisah anak dan ayah, suami dan isteri... tapi kami tetap juga pergi, tetap juga istiqomah dengan perjuangan..
tak leh naik pangkat, kami rela...
tak dapat baja, tak apa kami usaha...
tak dapat jalan tar, kami rela redah selut tanah merah...
tak dapat kerja kerajaan, tak apa kami berniaga sendiri...
tak dapat projek besar, tak apa kami buat apa yang dapat...

tapi bila dah ada sedikit kejayaan... orang-orang atas terus nak berbaiah dengan amnu... tolong laaaaa... jangan ingat kami ni bodoh kalau kami di bawah... demi nama menjunjung Islam, kami rela dipijak, dihenyak... tapi kalau cuma nak senang kayakan pemimpin atasan... ingat lah... takut lah akan amarah orang yang penat bersabar...

kalau betul amnu nak berbaiah dengan kita... syaratnya mudah saja... terima Islam, berhenti berlaku zalim, memerintah dengan adil... masa tu... nak cium najib pun tak pe lahhhh...!!!

ni kalau cuma nak cakap berpadu demi melayu... amnu seharusnya mampu buat tanpa pertolongan pas... mereka yang memegang kuasa... apa lagi yang menghalang?? kalau mereka nak buat undang-undang Islam... hantar saja draf ke parlimen, nescaya kami sokong!!

MemaLI said...

ISA perlu dipadamkan, dilenyapkan, dicampak sejauhnya, dimansuhkan, dibatalkan kerana melakukan kezaliman yang tidak boleh dimaafkan...

wahai ISA, susah sangat kah nak bicarakan pertuduhan?... mana unsur adil kalau main sumbat jer orang dalam penjara tanpa dibuktikan kesalahan...adil celah mana?... kalau setakat pertuduhan, kami juga mampu buat pertuduhan...

Anonymous said...

Salam,

ISA hanya disalah gunakan. Tujuan asal ISA utk menjamin keselamatan negara dan utk mencegah sebarang usaha atau niat utk menjahanamkan negara. Jika ISA digunakan hanya utk tujuan asalnya ia tidak akan membawa apa-apa kesan kpd sesiapa yg tidak terlibat dgn kegiatan yg mengancam keselamatan negara. Oleh itu kita kena faham tujuan asal ISA tersebut. Ia bukan utk digunakan dgn sewenang-wenangnya. Cuma ia telah disalah gunakan. Bila ia disalah gunakan maka disitu akan berlaku kezaliman keatas individu yg mungkin tidak bersalah. Oleh itu semua kegiatan dan aktiviti politik dsbnya mestilah ada hadnya mengikut peraturan dan undang-undang yg berkaitan. Tepuk dada tanya selera. Semua negara memerlukan satu undang-undang yg tegas utk melindungi negara dan rakyat jelatanya dari ancaman kemusnahan baik dari dalam atau dari luar.

Post a Comment