KHAMIS, 30 JULAI 2009 | 08 SYAABAN 1430H
Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.
Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula. - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.
PRN Johor: Pengamatan ringkas sebelum penamaan calon
-
RENCANANA
HINGGA saat ini, hampir pasti Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan
disertai oleh tiga gabungan besar, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan...
5 days ago




0 comments:
Post a Comment