Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SKETSA UMNO SELEPAS PRK MANEK URAI
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



SKETSA UMNO SELEPAS PRK MANEK URAI

SABTU, 18 JULAI 2009 | 25 REJAB 1430H

Satu sketsa yg diambil dari laman web Pemuda UMNO Malaysia, menggambarkan betapa 'utuhnya' 100 hari pemerintahan PM. Dengan hanya kemenangan tipis di PRK Manek Urai, digambarkan bukti sokongan Melayu kini sudah beralih. Tetapi yang lebih penting MENANG TETAP MENANG! Dalam permainan bola sepak, sebaik mana taktikal sekalipun, kalau kalah tetap kalah.

Dengan jutaan wang ringgit dilaburkan, pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan, kerahan agensi-agensi kerajaan, serangan media massa dan elektronik - UMNO/BN hanya berjaya mengurangkan majoriti tetapi hakikatnya UMNO/BN tetap kalah! Lebih parah, UMNO/BN kalah di tangan seorang peraih ikan! :)

Bersama terus mengikhlaskan diri dalam perjuangan, semoga Allah memberi kekuatan dan pertolongan untuk mencapai kemenangan yang lebih besar.

1 comments:

zakwan said...

Kenapa kah bila kuasa UMNO tergugat maka dikatakan Melayu sudah berpecah?????? Kuasa orang Melayu terhakis? I don't think so. Sebenarnya hanya kuasa UMNO sahaja yang terhakis. Orang melayu akan lebih kuat dan bersatu jika UMNgok kalah atau terus terkubur, sebab orang UMNoO lah yg byk mengkhianati bangsa melayu serta rakyat Malaysia keseluruhannya. UMNO tidak layak mendakwa bahawa mereka mewakili orang melayu kerana orang melayu juga sudah ada PAS dan PKR serta lebih ramai didalam kedua2 parti ini.

Post a Comment