1 Ramadan 1431 H | 11 Ogos 2010 “Ya Allah, jadikalah awal Ramadhan ini sebagai hari-hari terbaik dalam kehidupanku, dan jadikan aku orang yang sabar dipertengahan Ramadhan dan perkuatkan imanku pada akhir Ramadhan agar dengannya aku dikasihi olehMu, diampuni seluruh dosaku dan diberkati baki-baki dari umurku.” Amin…
Antara musuh utama yang diisytiharkan oleh Allah bagi manusia ialah syaitan, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka hendaklah kamu perlakukannya sebagai musuh”. Syaitan yang menjadi musuh utama itu telah dibelenggu oleh Allah sepanjang Ramadhan. Ini satu lagi rahmat Ilahi kepada hambaNya dalam bulan Ramadhan.
Menyedari syaitan bukan lagi menjadi halangan bagi muslim sepanjang Ramadhan, maka yang tinggal hanyalah hawa nafsu yang juga menjadi keperluan manusia. Nafsu bukanlah semua negatif, kerana adanya nafsu mutmainnah yang membina nilai positif, hanya nafsu amaarah yang mendorong ke arah nilai negatif. Maka mengenal sifat nafsu amaarah sangat penting, kerana nafsu ini secara sendiriannya ia tidak mendorong ke arah keburukan, hanya ia berhajat kepada faktor lain bagi membentuk sikap negatif dalam jiwa manusia. Seperti sifat pemarah yang dihasilkan dari ego, takabbur, makanan yang mengandungi kadar kolestrol tinggi, daging, persekitaran yang membosankan serta tekanan hidup. Maka factor-faktor pendorong inilah yang perlu dijauhi agar nafsu amaarah tidak bergelojak dalam diri seterusnya mendorong kepada keburukan.
Jadikan Ramadhan sebagai titik tolak (turning point) kepada perubahan positif dalam diri. Untuk melakukan perubahan adalah sesuatu yang sangat sukar dalam kehidupan manusia, apatah lagi kalau sesuatu itu telah sebati dalam diri mereka atau telah lama dilakukan sehingga ianya menjadi budaya bagi dirinya. Seperti mendedahkan aurat. Bagi sesetengah wanita yang biasa tidak memakai tudung, sehingga ia rasakan perkara tersebut sebagai perkara biasa seolah-olah bukan lagi satu dosa. Kedatangan Ramadhan sebaiknya dijadikan titik tolak memulakan kehidupan baru sebagai wanita Islam dengan memulakan memakai tudung, serta menutup aurat dengan sempurna. Mendirikan solat berjamaah dan pelbagai aktiviti bagi mendekatkan diri kepada Allah. Ia sangat ringan untuk memulakan di awal Ramadhan ini.
Keghairahan di awal Ramadhan sangat menyeronokkan, bila mana surau dan masjid dipenuhi oleh pelbagai golongan bagi mendirikan solat tarawikh. Hal ini perlu dikekalkan sehingga penghujungnya dan berterusan selepas itu. Namun yang biasa kita lihat semakin hamper ke penghujung Ramadhan, semakin berkuranglah jamaah. Sedangkan diakhir Ramadhan lah dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka.
Persoalannya bagaimanakah untuk istiqamah. Maka empat jalan yang disarankan:
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment