Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BUKU JINGGA - BENARKAH MALAYSIA AKAN BANKRAP?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



BUKU JINGGA - BENARKAH MALAYSIA AKAN BANKRAP?

14 Safar 1432 H | 19 Januari 2011
Harakahdaily

Dalam laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 13 Jan 2011, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat akan hanya menghancurkan ekonomi negara kerana tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi. Kritikan beliau berasaskan kepada:
  1. Program 100 hari bersifat agihan dan tiada pencambahan ekonomi
  2. Subsidi diberikan besar-besaran sehingga menyebabkan hutang yang besar
  3. Menyerahkan urusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta
Bagi menjawab kritikan tersebut, Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) telah membuat kajian dan merumuskan ianya songsang dan tidak berasas sama sekali.

Program 100 Hari bersifat agihan, tiada percambahan ekonomi?

  • Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan, dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama.
  • Dasar-dasar pertumbuhan ekonomi yang lebih luas disebut dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menyentuh ekonomi berprestasi tinggi, berkemahiran tinggi, ekonomi telus, desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri, tenaga kerja dan lain-lain.
  • Kurang adil jika program 100 hari didakwa bersifat agihan dan tidak mengutamakan perkembangan ekonomi kerana ianya hanya 'berusia' 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat
Malaysia akan muflis sepertimana Italy dan Greece?
  • Definasi bankrupsi bagi sesebuah kerajaan adalah apabila hutang kerajaan tersebut telah melepasi KDNK (nisbah melebihi 100%) dan tidak mampu menjelaskan hutang bon.
  • Situasi Malaysia jauh berbeza berbanding dengan situasi Greek. Hutang kerajaan Malaysia berada pada paras 53.7%, manakala hutang Greek mencecah 126.8% dan Itali, 116%.
  • Jika kos program 100 Hari Pakatan sebanyak RM19.2 bilion digunakan, ianya hanya akan menaikkan 3.68% sahaja kadar KDNK 
  • Kerajaan BN masih gagal menjelaskan ketirisan dan kebocoran berjumlah RM28 bilion yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan sebagaimana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen UMNO Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad

Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta?
  • Dasar Bersama Pakatan Rakyat amat mengutamakan daya saing negara, malah juga bertekad merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan agar menjadikan ekonomi Malaysia berdaya maju.
  • Apa yang ditolak adalah penswastaan yang membebankan rakyat, struktur subsidi yang menguntungkan kroni dan korporat besar, sistem tender yang tidak adil, telus dan terbuka, serta sistem cukai yang regresif.

KESIMPULAN

KPRU berpendapat bahawa ISIS harus mengkaji Dasar Bersama dan juga Program 100 Hari Pakatan Rakyat secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum membawa hujah dan membentangkan kenyataannya. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sebuah badan pemikiran yang berwibawa membuat dakwaan secara suka hati dan tidak berasaskan fakta dan analisa konteks program tersebut.

1 comments:

Marhaen Kacak said...

mereka ingat kita tak buat kajian sbelum terbit buku jingga..hmm

Isu Semasa : Siapa Tak Pernah Fuck Dia Loser!!!

Post a Comment