19 Ramadan 1431 H | 29 Ogos 2010
Ibu pernah menceritakan pengalaman bagaimana sewaktu mengandungkanku lebih kurang 3 bulan. Dia mengidam nak makan ubi kayu bakar, terasa sedap jugak. Ibu menceritakan bagaimana dia pada suatu petang hari berjalan ke rumah jiran yang kebetulan ada menanam ubi kayu yang agak luas. Untuk membeli beberapa puluh sen, rasanya tiada masalah sangat. Biasalah orang mengidam tak makan banyak, beliau terus ke rumah jiran tersebut. Bilamana sampai di hadapan rumah jiran ibu memberi salam, dan menjelaskan hajat untuk membeli ubi kayu (dalam 20 sen) sambil menceritakan rasa mengidam nak makan ubi kayu bakar. Masa itu 20 sen dah kira dapatlah seguni ubi kayu.
Tapi sayang tuan rumah menjawab: “Ubi kayu tidak dijual 20-30 sen, jual banyak sekali gus, sikit-sikit tak jual, maaf je lah ye….” Ibu sangat terasa hati dengan jawapan tersebut. Ingatkan dapat percuma, biasalah orang kampung kalau mengidam punya pasal, kita bagi sahaja. Tapi ibu merayu agar dia juallah sedikit, namun jawapannya tetap sama. Ibu terus pulang dalam keadaan sangat kecil hati dan rasa tersinggung dengan tindakan jiran itu.
Sambil balik ibu menceritakan ia mengadu dalam hati alangkah baiknya kalau Allah mengajar agar manusia insaf. Manusia boleh memiliki tanah, tapi yang mengeluarkan isi (hasil) adalah Allah. Kalaulah hujan turun, agaknya baru dia insaf… Bukanlah berdoa, tetapi hanya kerana rasa terkilan. Selepas solat Maghrib, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sehingga Subuh.
Keesokan hari bilamana hujan berhenti hampir 8.00 pagi, ibu membuka tingkap rumah. Didapati seluruh kawasan tanaman ubi ditenggelami air. Ubi kayu memang pantang tenggelam air, akan rosaklah ia.. Apabila ibu membuka pintu rumah, didapati ada beberapa ketul ubi kayu diletakkan di atas pelantar rumah. Maka dapatlah ibu makan ubi bakar, kuranglah rasa mengidamnya.
Itulah sedikit kisah waktu ku dalam kandungan. Masa tu manalah kita tahu. Kisah ini ibu ceritakan kepadaku bilamana beliau mengingatkanku jangan sombong dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Nasihat itu masih tergiang-ngiang di telinga. Mengenang hari lahir ini teringat bagaimana seorang ibu menahan penderitaan di saat melahirkan kita. Semoga Allah sentiasa memelihara ibu, ayah dan semua sahabat seperjuangan.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
3 days ago
7 comments:
Salam Ya akhi Tuan Ibrahim,
Selamat menyambut hari lahir ke 50. Alhamdulillah, anda telah banyak menghabiskan usia pada usaha menegakkan syari'at Allah. Semoga berjaya dan diberkati Allah.
Assalamu'alaikum, Dato'...
Satu kisah yang penuh pengajaran dan hikmah. Semoga Dato' terus diberikan kekuatan untuk menyampai dan memperjuang Islam kepada seluruh umat manusia, insya Allah...
salam ziarah ust..em..sanah helwah.. cerita ust ni ada lam ceramah.. hakikat perjuangan.. memnag best ust..moga kini masa islam kembali gemilang..
Salam Ustaz,
terima kasih krn sudi berkunjung membimbing kami mengimarahkan ramadhan di Kg. Mengkarak pada hari lahir tuan.
posting dan gambar2 program tersebut di blog saya......
http://almankaraqi.blogspot.com/2010/08/syok-nuzul-quran.html
Selamat hari lahir Ustaz. semoga dipanjangkan umur oleh Allah dalam keadaan berkata dan mendapat redhanya. Teruskan mendidik kami yang dahagakan Ilmu dan kepimpinan.
SelamaT Ulangtahun Kelahiran Ustaz ke-50 (Jubli Emas tu)..semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada Ustaz dan kita semua untuk meneruskan perjuangan ISLAM..InsyaAllah
assalamualaikum,
moga ALlah memberkati umur ustaz dan diberikan kekuatan dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam di Bumi Allah ini.
InsyaAllah.
TAKBIR! ALLAHU AKBAR!
Post a Comment