19 Muharram 1432 H | 25 Disember 2010
Ekoran tersiarnya akuan bersumpah Robert M.Shrum yang menafikan sekeras-kerasnya penglibatan APCO dalam penjenamaan 1 Malaysia, media pantas menjatuhkan hukuman bersalah khususnya kepada Anwar Ibrahim yang telah membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat.
Manakala pimpinan negara bermula dengan PM, TPM dan yang seangkatan dengannya saling saing menyaingi antara satu sama lain mengulas isu berkenaan bagi membuktikan kerajaan tidak pernah berbohong kepada rakyat, sentiasa beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab, dan sesekali tidak akan menggadaikan maruah negara.
Tidak mengapa, anggaplah apa yang dikatakan itu adalah benar, tiada satu pun yang salah melainkan benar-benar belaka. APCO tidak langsung terlibat dengan idea 1 Malaysia sebab PM pun sendiri, (walaupun agak terlewat) menjelaskan 1 Malaysia adalah ideanya sendiri.
Dan pada masa ini lah waktu yang teramat sesuai utk kepimpinan PM 'menghancurkan' Pakatan Rakyat - adakan satu debat terbuka secara langsung, berhujah dengan fakta dan bukti-bukti, dan malukan DS Anwar dan kepimpinan PR yang lain. Tetapi malangnya 'trend' UMNO-BN ini seumpama 'jaguh kampung' sahaja. Medan mereka hanyalah di TV1, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan di tempat-tempat mereka lah 'raja'.
Mereka tidak perlu berasa takut untuk berhadapan secara terbuka dengan Pakatan Rakyat. Rakyat pasti akan bersimpati apabila melihat kerajaan yang ada kini difitnah, dan pastinya pada PRU13 akan datang Pakatan Rakyat akan 'dilunyai' selunyai-lunyainya.
Apa isu sebenarnya?
Cuma ada satu persoalan sahaja yang ingin ditimbulkan - mengapa kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 77 juta untuk membayar konsortium APCO, yang mempunyai hubungan secara langsung dengan regim Israel? Dan mereka pula dipertanggungjawabkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu komunikasi bagi membentuk imej pentadbiran PM.
DS Anwar dalam satu kenyataannya berkata isu ini merupakan bukti hipokritnya Umno/BN yang melabelkan dirinya sebagai agen Yahudi. Pada masa yang sama, UMNO-BN tidak pula berasa bersalah apabila melantik agensi ini (APCO) yang mempunyai kaitan dengan Yahudi bagi kepentingan politik mereka.
Apakah Pakatan Rakyat memang sengaja mencari jalan untuk memburuk-burukkan kepimpinan UMNO-BN, dengan meledakkan isu ini semata-mata untuk meraih populariti? Jawapannya ada pada anda yang membaca...bak kata pepatah melayu..takkanlah pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup?
Mungkin bukti-bukti ini boleh membantu anda mendapatkan jawapannya...

0 comments:
Post a Comment