Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BERSEDIA HADAPI PRU13
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



BERSEDIA HADAPI PRU13

11 Muharram 1432 H | 18 Disember 2010


Soalan 1:  Apakah harapan Naib Presiden sekalian terhadap konvesyen Pakatan Rakyat ke 2?
TITM: Harapan saya untuk konvesyen ini ia dapat ditumpukan perbincangan bagi melihat masa depan Pakatan Rakyat, khususnya sebagai persiapan PRU 13.Ia tidak seharusnya menjadi medan menoleh ke belakang atau menimbulkan polemik dalaman antara satu sama lain.

Pakatan Rakyat punyai agenda besar bagi membina keyakinan rakyat kepada perubahan. Agenda perubahan ini bukan sahaja perlu diharap keyakinan rakyat tetapi ia turut melibatkan persiapan kepimpinan yang meyakinkan.

Hubungan antara parti komponen yang telus, disamping sama melihat parti komponen yang saling memerlukan dan saling menguat boleh meningkatkan keyakinan rakyat. Konvesyen ini juga diharap dapat mencari kaedah mengatasi cabaran media perdana yang tidak berhenti menabur fitnah kepada negeri Pakatan Rakyat dan saluran info bagi rakyat.


Apakah kelebihan utama PAS untuk mempertahankan kubu sendiri dan memerangi kubu kuat UMNO di: 
Pahang:
Kelebihan PAS ialah kekuatan asas perjuangan iaitu aqidah serta dasar Islam yang diperjuangkan. PAS mampu bertahan dengan pelbagai bentuk tekanan kerana dasar tersebut. Dalam konteks negeri Pahang, PAS terus beristiqamah dalam meyakinkan rakyat untuk melakukan perubahan. Kejayaan negeri Pakatan Rakyat akan menjadi inspirasi bagi rakyat untuk membuat perubahan. Kelebihan besar di Pahang ialah permuafakatan yang terbina dalam Pakatan Rakyat.

Semua pimpinan negeri sering berjumpa dan menyatakan masalah bagi diatasi bersama. Di samping itu, kesemua wakil rakyat yang kita menangi menunjukkan prestasi yang baik dan memuaskan.

Terengganu:
Harapan kita sangat besar untuk kemenangan Terengganu, kerana ia negeri Presiden dan ia pernah berada dalam gengaman kita pada tahun 1999 - maknanya rakyat Terengganu pernah merasai nikmat berada di bawah kerajaan pimpinan PAS, mereka telah merasai bagaimana kerajaan pimpinan PAS menghapuskan tol jambatan Sultan Mahmud, menghapuskan cukai pintu rumah kediaman di kawasan bandar, adanya kuliah di seluruh masjid dan surau, exco mengadakan dialog terbuka dengan rakyat, menyerahkan 25,000 geran tanah kepada rakyat yang memerlukan, bahkan pelbagai nikmat lainnya. Dengan kata lain, harapan kita agar nikmat ini akan memudahkan kita mencapai kemenangan dalam PRU ke 13 kali ini.

Saya dapat melihat kesungguhan jentera pilihanraya menjalankan tugas, namun kita menyedari betapa besarnya cengkaman wang ehsan kepada golongan miskin, tekanan ekonomi bagi rakyat miskin, serta wujudnya jurang yang besar antara para penyokong PAS dan UMNO. Diharap dengan kesedaran generasi kedua, mereka akan bangkit untuk melakukan perubahan dan InsyaAllah kita akan mencapai kemenangan.

0 comments:

Post a Comment