Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: Nasionalisme Ala UMNO : Pelampung Bocor Di Tengah Lautan
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



Nasionalisme Ala UMNO : Pelampung Bocor Di Tengah Lautan

14 Muharram 1432 H | 20 Disember 2010


"UMNO adalah umpama pohon yang sedang mereput akarnya, sekalipun mungkin kelihatan dari zahir daunnya masih merimbun, ia sebenarnya menunggu masa untuk rebah ke bumi.

Berkali-kali saya nyatakan, ancaman kononnya Melayu akan menghadapi bahaya jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya hanyalah cerita dongengan UMNO, ia tidak lebih daripada cerita seorang pengembala kambing berbohong dengan bertempik menyatakan kambingnya dimakan oleh serigala. Kali pertama mungkin dipercayai, tapi kali seterusnya, bohong itu semakin tidak laku.



Saya menyeru sekali lagi, baliklah kepada Islam. Islam menjanjikan keadilan untuk semua bangsa. Tanpa mengira warna kulit, Islam sebagai agama yang sempurna jauh lebih bernilai daripada nasionalisme yang dijunjung oleh sesetengah pihak di negara ini.

Saya sentiasa menyebut agar perlulah selamanya kita meyakini bahawa hidup ini akan berakhir dengan akhirat. Manusia akan berdiri di hadapan Allah SWT di padang mahsyar kelak untuk menjawab setiap persoalan yang akan dikemukan tanpa berpeluang lagi untuk berbohong atau memanipulasi undang-undang. Justeru, bukan pilihanraya yang digeruni oleh seorang muslim, tetapi keadaan dirinya di akhirat kelak.

Ingatlah perjalanan hidup ini hanyalah satu permusafiran yang sementara. Akan tiba masanya kita akan meninggalkan segala apa yang dimiliki untuk berada di hadapan Allah SWT kelak. Manusia tidak hadir ke dunia hanya untuk memikirkan pembangunan fizikal semata-mata, tetapi yang lebih utama ialah melakukan persediaan untuk ke akhirat.

Rebah bangun dan sakit pening rela saya harungi demi menyebarkan kefahaman Islam seluas mungkin. Saya harapkan dari amalan ini menjadi pahala di sisi Allah SWT kelak. Cuma izinkan saya bertanya, adakah pemimpin UMNO juga turut merasakan perjuangan mereka mengenepikan Islam dan berkiblatkan ideologi nasionalisme sekular turut menjadi pahala di sisi Allah SWT nanti?"

Versi penulisan penuh di TVSELANGOR.COM

0 comments:

Post a Comment