25 Muharram 1432 H | 31 Disember 2010
Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' NIk Abdul Nik Mat menjelaskan Islam membolehkan sebarang aktiviti di kawasan masjid selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam, dan ianya tidak terhad hanya kepada umat Islam sahaja.
Beliau turut menegaskan, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, orang-orang kafir tidak pun dilarang untuk memasuki masjid kerana fungsi masjid itu adalah sebagai pusat segala kegiatan termasuk politik.
Ketika mengulas isu senamrobik Ahli Parliman Serdang, Teo Nie Ching, beliau menjelaskan menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat Islam untuk menjelaskan peraturan dan kaedah dari segi Islam bagi sesiapa yang mengunjungi masjid agar kesucian masjid sebagai rumah Allah tetap terpelihara.
Sementara itu, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya mengalu-alukan penglibatan YB Teo di dalam program kemasyarakatan tersebut. Beliau turut menasihatkan agar cara pemakaian perlulah sopan dan peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya.
"Jangan menyukarkan keadaan sehingga tertutup hati orang yang mahu mengunjung dan mendekati diri dengan masjid lantaran itu adalah peluang keemasan untuk pihak masjid berdakwah. Bukan senang nak dapat peluang orang nak datang ke masjid dalam keadaan dunia hari ini ramai pula yang mahu menjauhkan diri dari masjid," katanya lagi.

0 comments:
Post a Comment