Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: 'HANYA UMNO-BN BOLEH PERINTAH' SUDAH BERAKHIR
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



'HANYA UMNO-BN BOLEH PERINTAH' SUDAH BERAKHIR

17 Muharram 1432 H | 23 Disember 2010

"Apabila rakyat membuat bantahan kenaikan harga barang dan memprotes maka mereka akan ditembak dengan gas pemedih mata. Rakyat akan dihumban ke dalam sel penjara. Dipukul tanpa perikemanusiaan dan pelbagai lagi bentuk penganiayaan.
Sekiranya ditimbulkan penglibatan mereka dengan agen Yahudi seperti Apco Worldwide, One Israel dan seumpamanya, maka mereka akan nyahkan dakwaan tersebut dengan menggantung wakil rakyat yang bersuara seperti apa yang berlaku kepada Anwar, Azmin, Karpal dan Sivarasa.

Ini adalah antara contoh terkini yang amat ditakuti oleh Umno BN apabila banyak pendedahan dibuat. Jika boleh mereka mahu rakyat diam dan angguk saja dengan apa yang korup dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini." - Harakahdaily

2 comments:

Anonymous said...

1..Kalau Dr.Hassan Ali buat kawalan atas lesen judi di Selangor,Ronnie Liew dari DAP akan membantah dan Dr.Hassan Ali di kenakan tindakan disiplin oleh Jwatankuasa Disiplin PAS...

2..UMNO itu kafir sebab tak laksanakan Hukum Hudud tetapi PAS tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud di Perak dan Selangor sebab PAS nak jaga hati DAP...

3..Kalau PAS beri wang kat pegundi semasa pilihanraya itu nama Zakat, kalau orang UMNO buat itu betul2 Rasuah...

4..Kalau Karpal kata Langkah mayat saya dulu kalau nak menubohkan negara Islam PAS mesti patuh sebab Karpal adalah sekutu PAS...kalau UMNO kata berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negera mesti di tentang habis-habisan dan mati kerana menentang nya adalah mati Syahid...nauzubillahminzalik.

5..PAS mengharuskan Demontrasi Jalanan walaupun menyusahkan rakyat berniaga sebab hukum Demontrasi serupa mcm Solat 5 waktu dan Solat Jumaat...kalau UMNO berkumpul depan pejabat KM Pulau Pinang membantah sumbangan wang JUDI kpd orang Islam itu namanya UMNO tak bertamaddun..

6..Kalau barang keperluan naik sikit kata PAS kerajaan zalim dan menyusahkan rakyat...kalau rokok naik 3 kali ganda MAT SABU menyorok dalam tandas sebab MAT SABU dan orang PAS pun HISAP ROKOK..

Cukuplah dengan PENIPUAN PAS kat rakyat selama ini...saya dulu undi PAS kerana ingatkan benar2 ISLAM rupanya UMNO lebih Islamic...

Anonymous said...

Ustaz,

PAS dah jauh sesat dan menyesatkan . Ayat AlQURAN di jadikan modal untuk mendapat undi..sanggup ke ustaz menjawab bagi pihak orang kafir yang menggunakan ayat alquran dalam ceramah mereka pada mereka jauh sekali beriman dan menerima islam.

Tidak kah ustaz rasa tertipu malah ustaz sendiri dibesarkan atas dasar ketuanan melayu dan juga diberi kan pendidikan islam secukupnya di negara aman ini tidak seperti di selatan Thailand.

Pernah ustaz melawat melayu singapura yang mana PAP telah berjaya mengkakis islam dan jati diri melayu .

Ustaz, parti PAS tidak pernah mampu mentadbir hatta kelantan dan Kedah itu sendiri pun tidak dapat dijaga dengan baik dari segi ekonomi dan sebagainya, masalah sosial pula sama seperti negeri lain di Malaysia tidak pula bertambah baik.

saya baru melawat laman blog misbahul munir dan amat malu apa bila seorang berbangsa india komen tentang parti PAS..

jadi ustaz.. jangan lah mimpi disiang hari kerana mimpi disiang hari adalah mainan tidur dan mainan syaitan..

jangan terpedaya

Post a Comment