Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: WUJUDKAN WEB RASMI PAKATAN RAKYAT
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

WUJUDKAN WEB RASMI PAKATAN RAKYAT

8 Rabi'ul Awal 1432 H | 11 Februari 2011

Wawancara Harakahdaily bersama Naib-naib Presiden PAS di sini
Berikan penilaian terhadap jentera PAS dan Pakatan Rakyat di PRK Tenang. Apa kekurangan yang harus diatasi sebelum PRK Merlimau?

Pada keseluruhannya jentera parti PAS telah melakukan kerja yang sangat baik, dan penghargaan harus diberi kepada mereka bahkan seluruh jentera dari DAP dan PKR. Kita boleh lihat bagaimana mereka telah memulakan tugasan seawal pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Tenang.

Pada peringkat awal kita memang menjangkakan agak sukar untuk memenangi kerusi Tenang, kerana kelemahan jentera dan organisasi PAS di sana; dan majoriti yang melebihi dua ribu dalam mana-mana PRK adalah sesuatu yang sukar di atasi.

Kelemahan utama ialah kerja yang bersifat umum, dan tidak fokus kepada undi sasaran. Oleh kerana terdapat kawasan yang dianggap kubu bagi BN, (Felda , Felcra dan kampung tradisi), maka jentera parti banyak menumpukan di kawasan ini, dan kegagalan mendapat undi sasaran menyebabkan kita gagal.

Di samping itu, faktor banjir juga menyebabkan ada pengundi yang tidak dapat ke tempat pengundian dan kesibukan menghadapi banjir disebabkan ketidakmampuan kita dalam menyediakan boat dan kenderaan yang sesuai.


Apakah pendekatan berbeza yang boleh dilakukan Pakatan Rakyat kali ini untuk menonjolkan kelainan PR daripada BN dalam menghadapi PRK Merlimau?

Untuk Merlimau, PAS dijangka menghadapi suasana lebih agresif berbanding Tenang; akan tetapi itu bukanlah masalah. 
Mekanisma kita untuk menghadapi mereka perlu fokus kepada undi sasaran dan hadapi pengundi secara berhemah. Masyarakat akan menilai dan tidak perlu menggunakan pendekatan agresif bagi menghadapi mereka.
Pendekatan ziarah dan kunjungan pimpinan di samping pengedaran risalah agar maklumat sampai kepada pengundi sasaran perlu dipastikan berjalan lancar. Suasana agresif di hari pengundian juga perlu dielakkan, kerana provokasi akan menakutkan pengundi, khususnya kaum Tionghua.


Perlukah Pakatan Rakyat mewujudkan satu media bersepadu berperanan seperti Bernama untuk menyebarkan berita-berita Pakatan Rakyat ke semua media/suratkhabar/laman web berita alternatif supaya berita mengenai Pakatan Rakyat tidak diputarbelitkan dan dibuat dalam konteks yang betul?


Cadangan ini sangat baik, kerana ianya akan lebih tersusun, menjimatkan kos dan tenaga. Walaupun ianya adalah sesuatu yang agak sukar, tetapi lujnah penerangan di setiap parti mampu melakukannya; di samping mekanisma pengedaran yang lebih bersistematik khususnya untuk PRK Merlimau.

Dalam konteks parti PR, setiap parti perlu menyalurkan mesej bersifat kepartian masing-masing, dan ini adalah hak parti, tetapi bagi menyalurkan maklumat umum ianya perlu diwujudkan sekurang-kurangnya sebuah akhbar PR yang bersifat dwi bulanan, dan adanya web khusus bagi saluran rasmi PR.

0 comments:

Post a Comment