Datuk Mohamad Zabidin, hakim yang sentiasa akan diingati walau apa pun jua keputusannya... |
Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud 'prima facie' terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.
Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.
Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan:
- Bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya
- Menjawab dari kandang dituduh - testimoni Anwar tidak boleh disoal balas
- Berdiam diri.
Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar. - Malaysiakini
1 comments:
walau apa pun keputusan mahkamah , tindakan mengedar clip video telah memnunjukan ada tekanan politik dalam siasatan dan dakwaan ini.
Post a Comment