9 Rabi'ul Akhir 1432 H | 14 Mac 2011
UMNO berdemo tuntut DNA Anwar.. bagaimana pula dengan DNA Najib dalam kes Altantuya? |
Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden hari mendesak Hakim Zaibdin Mohamad Diah untuk mengarahkan Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA sungguhpun tidak ada undang-undang sedemikian, tambah Karpal.
Peguam veteran itu berkata Yusuf kini berusaha untuk "membina" semula kes terhadap Anwar menerusi ujian DNA setelah Pegawai Penyiasat Jude Pereira mengesahkan beliau memberi keterangan yang bercanggah dan mencurigakan.
"Memang kes ini dipolitikkan. Malah tidak syak lagi DPP (Yusof) telah digunakan dan dieksploitasi oleh ahli politik. Dia juga turut mahu tutup kes selepas pegawai penyiasat (Jude) memberi keterangan. Dia mengajukan perkara itu kepada mahkamah. Kami terkejut apabila dia kembali dan mahu membuat dua permohonan. Jadi sudah tentu ada seseorang yang wujud di tengah untuk bertujuan politik. Kes ini dieksploitasi oleh ahli politik," jelasnya.
Antara lain, Jude mengesahkan beliau melanggar peraturan Jabatan Kimia dan PDRM bersabit prosedur menyimpan bukti. Beliau juga mengesahkan memberi keterangan palsu sebagai yang diperakui oleh Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia(Suhakam) tahun lalu bersabit penahanan lima peguam tanpa waran.
Selasa lalu, Zabidin memutuskan polis memperolehi bukti DNA terhadap Anwar secara tidak sah apabila menahan beliau semalaman di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.
Anwar dan dua peguamnya mengesahkan polis tidak memberikan asas penangkapan ke atas Anwar dan waran tangkap pula yang diberikan kepada Anwar tidak sama dengan yang dikemukakan di mahkamah.
Yusof tidak merayu terhadap keputusan berkenaan serta merta tetapi menunggu hampir tiga hari dan selepas Jude memberi keterangan untuk berbuat demikian, sekali gus menimbulkan spekulasi Pejabat Peguam Negara menerima tekanan politik untuk mengubah keputusan hakim itu.
Dalam hujahnya pagi tadi, Yusof sekali lagi mengkitar semula hujah beliau dengan mendakwa penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 tidak salah disisi undang-undang. Karpal menegaskan Yusof berhujah dalam secara terdesak kerana mengandaikan sampel DNA yang diambil pada tubuh Saiful disahkan milik Anwar dan justeru itu mahukan Anwar memberikan sampel darah untuk tujuan perbandingan.
Karpal berkata Anwar menjadi mangsa bukti reka cipta polis pada tahun 1998 dan terpaksa mengorbankan enam tahun di penjara. Justeru mantan Timbalan Perdana Menteri itu amat mencurigai sebarang pengambilan bukti yang membabitkan pengawasan polis, khususnya sampel darah untuk ujian DNA.
"Persoalannya tidak timbul malah sebentar tadi DPP (Yusof) mengandaikan sampel DNA telah disahkan. Setakat ini tiada apa yang disahkan. (Dan) undang-undang di negara ini jelas. Anda tidak boleh memaksa seseorang untuk memberi DNA dalam apa cara sekali pun.
Karpal berkata Yusuf cuba mengelirukan mahkamah dengan menyamakan sampel untuk ujian DNA Anwar sama seperti mengambil cap jari untuk tujuan perbandingan.
"Ia bukan untuk tujuan perbandingan. Saya rasa dia (Yusof) memberi analogi cap jari dan tulisan di mana mahkamah boleh membuat arahan itu dan menyamakannya kepada pengambilan sampel darah. Undang-undang adalah sangat jelas dalam isu ini dan sekiranya ada pihak yang memaksa untuk mendapatkan sampel sedemikian, anda boleh menyaman mereka," tegas beliau.
Esok Karpal akan memberikan hujah balas terhadap alasan-alasan Yusuf itu demi memastikan keputusan Zabidin menolak sampel tuala, berus gigi dan botol air mineral yang diambil polis secara tidak sah, dipertahankan.
0 comments:
Post a Comment