Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SIAPA CAKAP UMNO KAFIR?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

SIAPA CAKAP UMNO KAFIR?

Hanya tinggalkan soalan untuk dijawab
28 Rabi'ul Awal 1432 H | 3 Mac 2011

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni?"

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Utusan Malaysia, 18 Februari 2011



'Screen shot'dari blog Tun Mahathir:


BUKTI MENGKAFIR UMNO


|  | Comments (213) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share
"Tun seorang yang bijak..." - TGNA
1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir. 






Isu kafir mengkafir timbul lagi. Sudah pasti PAS akan menjadi mangsa keadaan. Dan dalam situasi PRK Kerdau dan Merlimau, dan lebih-lebih lagi menjelang PRU13, permainan politik ini diputar sekali lagi. 

Media UMNO menjadikan pandangan 'ulama' mereka, Tun Mahathir sebagai hujah yang membuktikan Tuan Guru Nik Aziz lah yang mengkafirkan UMNO. Tetapi jika dilihat, tiada perkataan kafir pun yang dilontarkan oleh Tuan Guru sepertimana di dalam Utusan Malaysia, 18 Februari 2011. Ianya lebih berkisar kepada persoalan "tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini?"

Jadi Tun Mahathir pun menjawab lah soalan tersebut:
  • Tolak agama ambil nasionalis = UMNO
  • Apa nama kerja ini? = Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir!
Bukankah jelas di sini siapa yang sebenarnya yang bercakap UMNO itu kafir? Tuan Guru hanya meninggalkan soalan untuk dijawab, tetapi ............................................. lah yang menyimpulkan UMNO KAFIR!

Memang benar kata Tun, Allah Maha Kaya.....Wallahua'lam....

1 comments:

Wan.Fatimah said...

Salam,
SISTEM POLITIK MAHATHIR YANG SYIRIK DAN KUFUR :


1. Sistem politik Mahathir melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;
2. Sistem politik Mahathir melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang manusia;
3. Sistem politik Mahathir melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, iaitu system pengabdian manusia kepada manusia kerana menusia berada di bawah kuat kuasaan segala peraturan dan undang-undang manusia;
4. Sistem politik Mahathir melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang demokrasi ditaati dan dipatuhi oleh manusia;

Para penyokong Mahathir di Malaysia kita kini telah disesatkan dengan kesesatan yang amat jauh oleh Ahlil Kitab sehingga mereka tidak menyedari bahawa :

1. Para pemimpin yang dilantik oleh Mahathir adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :

a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;
b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang;
c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;
d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dubuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.

2. Para pengikut Mahathir yang mengamalkan agama demokrasi, yang mentaati segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhai agama demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi, adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana :

a) Mereka melantik para pemimpin mereka sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;
b) Mereka melantik para pemimpin mereka sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia;
c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;
d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia.

Para pemimpin yang dilantik oleh Mahathir dan para pengikut Mahathir adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan mereka menyetujui dan meredhainya yang bererti mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.
Metod perjuangan Islam adalah daripada al-Quran, Sunnah dan Sirah yang dikehendaki untuk dipelajari dan difahami, kemudian untuk diamalkan dalam kehidupan kita hari-hari.
Sekian, Terima Kasih.

Wan Fatimah al-Halbani
Temerloh, PAHANG DM

Post a Comment