Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: FELDA PLANTATIONS LANGGAR AKTA GSA
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

FELDA PLANTATIONS LANGGAR AKTA GSA

28 Rabi'ul Awal 1432 H | 3 Mac 2011
  • "Adakah Perdana Menteri membaca hansard parlimen bertarikh 27 April 1960 dan apa isi ucapan bapa beliau (Allahyarham Tun Razak) ketika membentangkan penggubalan akta GSA 1960?"

  • "Adakah Perdana Menteri tahu bahawa Felda Plantation adalah penempatan haram yang bertentangan dengan akta GSA yang mana status pemilikan hanya (untuk) individu, seksyen 7(2) dan koperasi, seksyen 11(1) sahaja?"

  • "Adakah Perdana Menteri tahu 45,000 peserta Felda Plantation termasuk anak-anak tempatan sedang menderita gaji yang rendah, diperlaku seperti hamba dan kebajikan mereka yang diabaikan?" 

"Kita tak menghasut, tapi bercakap ikut fakta!"
Begitulah tiga soalan yang dilemparkan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), saudara Mazlan Aliman. Beliau yang dilabelkan sebagai penghasut warga Felda, tetap dengan pendiriannya iaitu penubuhan Felda Plantations bertentangan dengan akta GSA. Kes ini dalam proses dibawa ke mahkamah dan kuasa kerajaan negeri terbabit akan diteliti bagi mengambil semula tanah tersebut daripada Felda Plantation.

"Keluasan lebih suku juta hektar tanah agensi kerajaan itu boleh diagihkan kepada kira-kira 79,000 generasi kedua Felda bagi meningkatkan taraf hidup berbanding pemberian dividen tahunan sebanyak 14% yang bernilai antara RM100 hingga RM200 sahaja."

"Dalam persefahaman PAS, PKR dan DAP - "Buku Jingga", Pakatan Rakyat berhasrat mengambil alih Felda Plantation, tindakan yang didakwa sejajar dengan ucapan Tun Razak untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan," katanya lagi pada sidang media di markas induk PAS, Darul Hikmah, Kerdau.

0 comments:

Post a Comment