Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SEDIH HANYA SEMENTARA
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

SEDIH HANYA SEMENTARA

1 Rabi'ul Akhir 1432 H | 6 Mac 2011

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih dan peratusan keluar mengundi yang agak tinggi kali ini.

"Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, berlaku peningkatan undi," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan.

Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.

"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi.



Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas parti yang telah menginfaqkan diri untuk membantu jentera parti. Juga kepada rakan Pakatan Rakyat, DAP dan Keadilan yang menunjukkan keutuhan gabungan tersebut dalam menghadapi gerombolan serangan UMNO-BN kali ini.


"Teruskan usaha, mantapkan jemaah dan perbaiki segala kelemahan untuk menghadapi PRU 13!" katanya lagi.

Bagi calon PAS Hassanuddin Salim pula, beliau hanya akan sedih buat sementara waktu sahaja ekoran kekalahannya dalam pilihan raya kecil Kerdau hari ini.

"Saya sedih cuma sementara waktu. Tetapi saya akan bergerak lebih jauh."
- malaysiakini

0 comments:

Post a Comment