Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: CARI CALON LAIN - TUAN IBRAHIM
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



CARI CALON LAIN - TUAN IBRAHIM

"Ramai lagi yang lebih layak.."
22 Rabi'ul Akhir 1432 H | 27 Mac 2011

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit.

Kata Tuan Ibrahim, beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan dan masa depan yang lebih baik bagi PAS parti.

“Saya tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN). Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya.


“Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tiada pencalonan. Saya harap kawasan akan mencalonankan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment