Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MEDAN UJIAN PERSIAPAN PRU13
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



MEDAN UJIAN PERSIAPAN PRU13

2 Rabi'ul Akhir 1432 H | 7 Mac 2011
Walaupun kalah, PAS dan Pakatan Rakyat tetap optimis mampu memenangi Dun Kerdau dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang.
"PAS menganggap ruang kempen seminggu adalah taburan benih-benih untuk ia hidup subur pada masa akan datang, insya Allah," kata Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.
Katanya, penyertaan PAS kali ini juga telah berjaya membongkar kelemahan pengurusan pentadbir dan pengabaian pembangunan di Kerdau.
"Felda juga menikmati duit SES yang dijanjikan sebanyak RM13,000, serta MPOB sebanyak RM4,000 dan berharap ia akan menjadi tuntutan semua Felda di seluruh negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Kalah bukan bermakna mengalah...
Menurutnya, Unit Peti Undi di Felda Jengka 22, 23 dan 25 memperolehi sedikit peningkatan undi berbanding PRU ke-12, walaupun cuba disogok dengan pelbagai janji oleh Barisan Nasional.
Di samping itu, ujarnya PAS turut merakamkan kekecewaannya terhadap kegagalan SPR menguatkuasakan seluruh peruntukan yang ada sehingga berleluasanya amalan rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan, penggunaan kemudahan awam dan ugutan dalam PRK kali ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengakui bahawa PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan jentera BN, tetapi turut berhadapan dengan jentera kerajaan yang digunakan secara berleluasa. - Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment