Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: RARE EARTH @ GEBENG - RAKYAT KENA DULU, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



RARE EARTH @ GEBENG - RAKYAT KENA DULU, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?

7 Rabi'ul Akhir 1432 H | 12 Mac 2011
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang itu hanya menanti bencana untuk berlaku.
"Perlu dihentikan segera..."
Menurut SM Mohamed Idris (gambar), pada 2007, SAM dijemput oleh Kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi dan pengalaman SAM dalam menanganinya dengan pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.
Berikutan itu, beliau yang juga Presiden CAP dan SAM berkata, projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Terengganu.
Dalam tempoh tiga tahun lepas, katanya CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya.


Mengapa projek ini dibantah?

  • Tidak terdapat sebarang pengumuman awam sepenuhnya berhubung projek yang dicadangkan ini. Oleh itu, tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.

  • Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita.

  • Kenyataan syarikat yang menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi amat membimbangkan kerana tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.

  • Untuk jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan.

  • Pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan sistem imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi kepada kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.

  • Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

  • Kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga.

  • Tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.
“Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan? Kami menggesa kerajaan supaya membatalkan dengan segera projek ini,” tegasnya.

0 comments:

Post a Comment