Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BN KUAT, PAS LEMAH?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

BN KUAT, PAS LEMAH?

2 Rabi'ul Akhir 1432 H | 7 Mac 2011

Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya.

PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya dan kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.

Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, kerana bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN. Ditambah lagi dengan penggunaan jentera kerajaan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM. Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan isteri turut sama berkempen dengan perisytiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.


Analisa Keputusan.

Secara asasnya ada sesuatu yang agak menarik dalam keputusan PRK ini:
  • Undi PAS secara keseluruhannya merosot sebanyak 184 (-7.3%), dan undi BN meningkat sebanyak 925 (22.4%) - dibantu daripada peningkatan peratus keluar mengundi sebanyak 3%.

  • PAS mendapat peningkatan undi di semua kawasan Felda - Jengka 22 : 28.2%; Jengka 23 : 8% dan Jengka 25 : 4.9%; walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai wang MPOB, dan SES berjumlah RM13,000 dan RM4,000 seorang. Keadaan ini membayangkan PAS  mempunyai masa depan yang agak baik di kawasan Felda, yang dianggap lubuk UMNO.

    Kejayaan ini boleh dianggap kemenangan bagi perjuangan ANAK yang mula diterima oleh masyarakat Felda. Penghargaan juga harus diberi kepada PKR yang menumpukan gerakerja mereka di kawasan Felda bersama dengan jentera PAS dari Kelantan, Kedah dan Pahang.

  • Di Kawasan Felcra Rumpun Makmur sokongan kepada PAS merosot sebanyak -4.2%. Hal ini berkemungkinan dari tumpuan jentera Felcra seluruh negara dengan pelbagai ugutan kepada peserta Felcra.

Kesimpulan
  • PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai statu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba.

  • Kelemahan yang ketara di Unit Peti Undi berpunca dari kelemahan jentera di cawangan yang gagal berfungsi dengan baik, sehingga ada cawangan yang tidak bergerak dan terpaksa dibantu oleh tenaga luar. Tetapi bilamana menghadapi PRU, suasananya tentu berbeza apabila tenaga tempatan adalah penggerak utama.

  • Diharap beberapa kelemahan dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, bagi menghadapi PRU 13
Kini Kerdau mulai sunyi sepi, dan jalan-jalan yang diturap separuh siap, terus menanti curahan tar bagi menyiapkannya. Namun  apakah ianya akan terus kekal begini? Rumah-rumah buruk, kedai yang terbiar, projek perumahan yang terbengkalai dan sekolah agama yang tidak mendapat perhatian dan pelbagai gambaran tertinggalnya Kerdau daripada pembangunan. Apakah bandar  Kerdau akan terus menjadi 'bandar Kerbau'?. Sama-sama kita tunggu...

0 comments:

Post a Comment