Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SISTEM PILIHANRAYA MALAYSIA PERLU DIPULIHKAN
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

SISTEM PILIHANRAYA MALAYSIA PERLU DIPULIHKAN

Penyokong fanatik akan kecewa,
tetapi 'pemain' lebih kecewa
2 Rabi'ul Akhir 1432 H | 7 Mac 2011

PRK Kerdau dan Merlimau baru selesai, dan keputusan baru diumumkan. Kesemua parti bertanding membuat pelbagai analisan dan kajian, kegagalan dan kejayaan yang akan menghasilkan pelbagai pandangan dan komentar. Lebih menarik golongan yang membuat analisa dari jarak jauh berdasarkan angka dan keputusan, tanpa bermandi peluh dalam merangka pendekatan  menghadapinya. Tentulah penyokong yang fanatik akan rasa kecewa, namun pemain yang bertungkus lumus tentu lebih kecewa.

Tulisan ini adalah hasil pengalaman diamanahkan sebagai Pengarah PRK Kerdau berhadapan dengan pelbagai kekalutan menghadapi kelemahan sistem pengurusan PRK dan kelemahan jentera dalaman parti. Soal dalaman parti adalah urusan dalaman yang akan diperbaiki. Tulisan ini bagi mengatasi beberapa kelemahan dalam sistem pengurusan Pilihanraya.

Cadangan penambahbaikan.

  1. Pegawai Pengurus Pilihanraya:
Biasanya Pegawai Pengurus PR diambil dikalangan pegawai Daerah sesuatu kawasan PR. Keadaan ini sebenarnya telah meletakkan pegawai tersebut dalam keadaan yang serba salah bagi mengambil tindakan terhadap parti yang memerintah, kerana beliau terpaksa membuat teguran kepada MB, atau Menteri yang dalam waktu yang sama adah bosnya. Keadaan serba salah ini menyebabkan sebarang pelanggaran peraturan PR gagal diatasi secara tegas oleh PP

Dicadangkan PP hendaklah dilantik dari pihak luar dari negeri yang diadakan Pilhanraya atau pihak yang berkecuali samada NGO atau Suruhanjaya yang bebas, contohnya daripada SUHAKAM. Bagi PRK  pula Pegawai Pengurus mestilah dikalangan SPR Pusat atau Badan Bebas. Keadaan ini akan lebih memberi keyakinan kepada PP untuk bertindak bilamana berlaku pelanggaran peraturan seperi penggunaan kemudahan awam, jentera kerajaan dan sebagainya.


  1. Kehadiran perayu undi di sesuatu kawasan Peti undi dengan sorakan, kata-kata kesat dan pergaduhan menyebabkan pengundi yang keluar mengundi berada dalam keadaan takut, tertekan dan menyampah. Keadaan ini perlu diatasi segera, kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan cabar mencabar di kalangan parti yang bertanding. Ianya lebih parah, bilamana yang mengapi-apikan itu adalah pimpinan parti yang bertanding. Soalnya apakah rayuan begini mampu mengubah pendirian pengundi? Atau hanya menakutkan pengundi untuk membuang undi?

  2. Dicadangkan semua parti tidak lagi dibenarkan menyediakan pondok panas ( peraturan ini telah pun ada, tetapi gagal dikuatkuasakan), dan penyokong parti dilarang berkumpul di laluan masuk mengundi. Pihak polis  mesti digunakan bagi memastikan tiada perayu undi yang dibenarkan berkumpul. Barung SPR hendaklah berada di kawasan luar  tempat mengundi bagi kemudahan pengundi membuat semakan.

  3. SPR mestilah menguatkuasakan larangan perisytiharan pelbagai projek, kelulusan pelbagai bentuk pinjaman,  pemberian kepada pengundi dilakukan selepas hari penamaan calon. Sebarang bentuk pemberian, perisytiharan peruntukan, janji-janji dan sebagainya hanya dibolehkan sebelum penamaan calon sahaja. Kesalahan ini mestilah dikuatkuasakan secara berkesan oleh SPR, untuk lebih berkesan kesalahan ini mestilah  boleh membatalkan penyertaan mana-mana calon yang mewakili parti berkenaan. Ianya hendaklah dimasukkan sebagai satu kesalahan Akta Pilihanraya. Bukan hanya calon dan wakil calon sahaja.
SPR - laksanakan amanah, jangan khianat
  1. Pemantau SPR mestilah mampu membuat kawalan terhadap semua kawasan yang diselia dalam jarak masa yang singkat. Oleh kerana kawasan Kerdau (sebagai contoh) mempunai keluasan perjalanan yang sangat jauh, maka dicadangkan Pemantau SPR mestilah ditambah. DUN Kerdau mempunyai tiga unit Pemantau, sedangkan keluasan  dan corak jalanraya yang jauh mereka terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sesuatu lokasi.

  2. Larangan berkempen sehingga jam 12 malam hendaklah dihapuskan. Larangan ini tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan dalam perkembangan media baru yang pelbagai bentuk. Bahkan ianya hampir tiada makna kerana televisyen terus berkempen sehingga waktu pengundian berjalan. SPR dilihat lemah bila mana gagal menguatkuasakan peraturan yang ada.
Sekadar beberapa cadangan awal, untuk penelitian ke arah demokrasi yang lebih adil.

0 comments:

Post a Comment