Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: HUTAN GONDOL, TADAHAN AIR TERANCAM
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

HUTAN GONDOL, TADAHAN AIR TERANCAM

28 Rabi'ul Akhir 1432 H | 2 April 2011


Penjelasan MB dinantikan...
Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob dikritik kerana tidak mengendahkan perasaan rakyat sekitar kawasan Jerantut apabila meluluskan kawasan tadahan air untuk penebangan balak.

“PAS membantah keras kelulusan kawasan tadahan air yang telah digazetkan sebagai hutan simpan Jerantut (tambahan), petak 11A, 3A dan 15A sebagai kawasan pembalakan. Kawasan tadahan air ini melibatkan berpuluh kampung dan akan memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sumber air akan terancam jika pembalakan tidak dikawal

Ujarnya, kerajaan negeri tidak wajar luluskan kawasan untuk pembalakan yang telah diwartakan sebagai tadahan air kerana ia akan mendatangkan risiko kekeringan sumber air, pencemaran sumber air penduduk dan juga kerosakan alam sekitar yang menjadi sumber pendapatan utama bagi masyarakat asli di sekitar kawasan tersebut.


“Jangan hanya tengok atas pelan dan perasaan rakyat langsung tidak diendahkan. PAS desak kerajaan batalkan kelulusan ini atau rakyat akan adakan demo sekiranya bantahan ini tidak dipedulikan,” tegasnya lagi.

0 comments:

Post a Comment