PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yg dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video. Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat sebagai pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan sebegini jarang dikeluarkan oleh media perdana kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UMNO.
Tindakan ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda UMNO bagi mematikan karear politik DSAI, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak. Lebih membimbangkan, ada ura-ura pihak tertentu akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini. Memandangkan tiadanya sebarang tindakan pihak polis bagi mengambil tindakan kepada trio 'Dato T' yang menayangkan klip ini, ditambah lagi dengan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka usaha jahat tersebut tidak mustahil.
PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah. Sehubungan tindakan biadab kerajaan UMNO kepada mufti, maka disarankan:
- Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dhentikan, agar tidak ramai yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat
- Mufti mendesak kerajaan-kerajaan negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak bolej diterima sampai bila-bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam kategori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.
- Mufti mestilah memboikot mana mana majlis pemimpin UMNO yang gagal mengambil perhatian terhadap kesalahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti.
- Meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna wujudnya jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bila mana ianya tidak menguntungkan kerajaan UMNO, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pendirian para mufti.
- Bagi mengelak buruk sangka umum kepada Jabatan Mufti dicadangkan sebuah akhbar atau hebahan yang memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diwujudkan. Ianya akan dapat menyelaras pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama.
Ini akan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah s.a.w: "Bila mana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim dikalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."
0 comments:
Post a Comment