Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MB, DENGAR RINTIHAN RAKYAT
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

MB, DENGAR RINTIHAN RAKYAT

MB Pahang yang 'cool'
29 Rabi'ul Akhir 1432 H | 3 April 2011

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.

"Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang.”

"Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula.”


"Dengar rintihan rakyat..."
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) berpendapat bahawa penerangan yang diterima oleh Adnan berhubung perkara itu merupakan taklimat yang tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' merupakan industri yang melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.

Berikut adalah intipati daripada surat terbuka yang dihantar ke MB Pahang:
  • Mengapa tiada kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan loji itu serta impak operasi pemprosesan Lynas?

  • Kenapa tiada negara di dunia melainkan China telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' dibina di negara mereka sejak 3 dekad kebelakangan ini?

  • Mengapa kerajaan Terengganu menolak permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk Kalung, Kemaman pada 2007?

  • Berkenaan sisa pepejal (leach purufication solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan thorium - bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yang akan digunapakai oleh Lynas?

  • Adakah Solid Radiactive Waste Management yang akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara China atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yg akan diguna pakai nanti?

  • Bagaimanakah nanti persepsi pelancong terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian, adakah mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating untuk bercuti, yang terletak di sebelah logi pemprosesan 'rare earth'?

  • Projek Lynas...indah di mata, sakit di hati
  • Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan, adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?

Beliau menjangka Adnan hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yang menyenangkan dari kesemua persoalan di atas. “Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab,” katanya.

0 comments:

Post a Comment