Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: NUKILAN BUAT DSAI - FITNAH, MEHNAH PERJUANGAN
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

NUKILAN BUAT DSAI - FITNAH, MEHNAH PERJUANGAN

26 Jamadil Awal 1432 H | 29 April 2011
Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang.

Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas.


Tekanan ini bukan perkara baru dalam sejarah dunia. Firaun pernah melakukannya ke atas Nabi Musa dan pengikutnya yg beriman. Bahkan tukang sihir Firaun yg asalnya adalah petugas yang berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa, ia dilayan dan disanjung. Tetapi bilamana tukang sihir melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa, mereka kemudiannya beriman dengan Allah. Maka bermulalah penentangan dan penindasan sehingga mereka disalib pada kayu salib, mereka diseksa dengan kaki tangan mereka dipotong secara bersilang. Setelah segala rayuan dan tangisan tidak dipedulikan, akhirnya yang keluar dari mulut mereka ialah "Hukumlah apa yg kamu ingin lakukan, kerana kamu hanya berkuasa di dunia ini sahaja".



Kini Anwar secara peribadi menjadi mangsa tuduhan. Beliau belum tentu bersalah tetapi kini bukan mahkamah diminta untuk buat keputusan sebaliknya media membuat tayangan, blog memainkan sentimen dan akhbar perdana membentuk minda pembaca agar menjadi hakim dalam perkara yg telah dirancang, disusun dan diedit agar sesuai dengan kehendak pemimpin BN. Mereka mengambil pendekatan agama (bersumpah) dalam perkara yang salah, agar dengannya rakyat yakin.


Bagaimana nantinya kalau dibuktikan bahawa ia bukan sebagaimana yang dituduh? Keaiban telah berlaku, dan ada yang bertanya, "Kalau betul, bagaimana?"

Saya berpegang kepada kaedah asas bahawa sesuatu tuduhan pada peringkat awal adalah tidak benar, melainkan dibuktikan benar. Maknanya dalam keadaan sekarang ia berada pada tahap tidak benar. Kenapa diaibkan sebegitu. Kerana 'kalau benar' akan dibuktikan kemudian.


Bagaimana pula yang membuat tuduhan sanggup bersumpah? Saya ingin agar kita lihat siapa yg membawa wanita itu, siapa yang sedia bilik, siapa yg merakam, siapa yang ada bersama waktu kejadian dan melihat kemungkaran itu. Apakah orang begini boleh menggunakan nama Allah untuk bersumpah, minta Allah agar buktikan?


Dia sepatutnya menentang kemungkaran sebelum berlaku, mencegahnya bukan menyediakannya. Kalau dia seorang Islam dia harus faham bahawa dia mesti bertindak menyekat kemungkaran, bukan memberi ruang dan menyediakan agar berlaku kemungkaran. Kepada saya siapa yg melakukan itu, kalaupun tidak dapat dibuktikan di dunia nanti, di Akhirat akan terbukti jua!


Kepada DSAI dan keluarga, saya menyeru agar bersabar di atas ujian berat ini, dan ambil kaedah yang Rasulullah s.a.w sarankan : "Jangan kamu cuba lawan gelombang waktu tengah-tengah membuak, jangan lari kerana orang akan membenarkannya, dan sabarlah sehingga Allah membersihkannya".


Peristiwa fitnah ke atas Saidatina Aisyah dan Safwan berlanjutan sehingga 40 hari baru Allah turunkan ayat membersihkan Aisyah, sedangkan Allah boleh menyegerakan ayatnya. Namun para mufassirin menjelaskan sengaja Allah membiarkan 40 hari agar zahir siapa munafik, siapa nuknib, siapa pembela, siapa musuh dan siapa sebenarnya sahabat.


Dekatkan diri kepada Allah kerana Allah Maha mendengar rayuan hambaNya. Wassalam

3 comments:

Tanjung Bungor said...

100% pelaku itu mirip DSAI, diluar logic pula untuk menolak pelakunya itu bukan beliau. Namun hanya Allah jua maha mengetahui segalanya. Kita berdoa pada Allah sekiranya ini semua fitnah, moga Allah taala hancurkan sehancurnya pembawa berita fitnah dan orang yg menyebarkannya. Allah taala maha pengampun dan makbulkan doa orang2 yg terinaya.

محمد فرحي بن محمد فريد وجدي الجارومي said...

Al-Azhar..asalamualaikum,memang benar apa yg berlaku zaman sekarg nie,,dan nabi pernah bersabda bahawa pada akhir2 zaman..byk fitnah akan berlaku,,semua dunia kena,,dan saya juga harap...tlg jaga ada adab semasa menulis nama isteri nabi dan para sahabat,,,seelak2nya memanggil saidinah Aisyah,,,org yg paling terhormat...dan begitu juga para sahabat..harap maaf...

zul said...

Tanjung Bungor... memang mirip DSAI, serupa tapi tak sama. Namun dimana logicnya, jika DSAI sanggup berlakon di depan Eskay yg mengaku dia berada dalam video tersebut. Betapa bodohnya 'DSAI' jika dia memilih jalan itu. Yg pasti Umno/BN yg sejak dulu kini menolak hukum Allah, yg memandang enteng dosa dan pahala akan sanggup melakukan apa saja DEMI KEKALKAN KUASA. S

Post a Comment