Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: LANJUTKAN TEMPOH KAJIAN LYNAS
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



LANJUTKAN TEMPOH KAJIAN LYNAS


21 Jamadil Awal 1432 H | 24 April 2011

KUALA LUMPUR, 24 April — Badan mewakili peguam-peguam Pahang menggesa kerajaan melanjutkan tempoh sebulan untuk kajian ke atas loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation sehingga setahun bagi mengadakan pemeriksaan terperinci berhubung keselamatan dan kesihatan awam akibat kesan radioaktif.

Pengerusi Peguam Pahang, Hon Kai Ping mengakui gesaan badan itu kemungkinan menjejaskan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan tetapi menekankan, Putrajaya tidak seharusnya tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai isu keselamatan dan kesihatan rakyat.


“Peguam Pahang berpandangan penelitian yang berhati-hati dan mendalam berhubung operasi nadir bumi sangat diperlukan dan keputusan tidak seharusnya diambil secara tergesa-gesa jika kerajaan serius berhubung kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia,” kata Hon dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.



Kelmarin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, satu panel bebas yang dianggotai lima hingga tujuh pajar antarabangsa (IP) akan ditubuhkan secepat yang mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. 
Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Dalam tempoh itu, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). 
Syarikat itu juga tidak dibenarkan untuk mengimport bahan mentah dari Australia sementara kerajaan membuat keputusan terhadap hasil kajian itu.

Hon berkata, Peguam Pahang tiada terma rujukan mengenai panel yang dimaksudkan tetapi laporan media menunjukkan ia akan memfokus ke atas loji pemprosesan kendalian Lynas Corporation di Gebeng.


“Jika itulah kesnya, maka menteri sudah pasti tidak diberi taklimat mengenai program jelajah yang dianjurkan oleh SEDC Negeri di mana pakar-pakar tempatan mengatakan kadar radioaktif torium pada bijih yang akan diimport adalah 0.16 peratus berbanding enam hingga lapan peratus yang ditunjukkan oleh beberapa laporan bebas kerajaan asing dan ini menjadi salah satu perkara utama penduduk Kuantan timbulkan ketika dialog awam (baru-baru ini).


“Jika terma rujukan IP hanya dihadkan kepada soal penelitian loji pemprosesan, adalah jelas aspek utama yang menjadi kebimbangan penduduk Kuantan tidak akan ditangani dan penemuan IP tidak akan mencapai tujuan,” katanya lagi.


Sehubungan itu, Peguam Pahang mahukan terma rujuan IP diperluaskan merangkumi aspek kadar torium bijih yang akan diimport, impak ke atas persekitaran dan industri pelancongan, jumlah kajian asas yang dikendalikan dan rumusan masing-masing, syarat-syarat ditetapkan oleh AELB, bukti proses seiringan bagi memastikan simpanan di Gebeng hanya bersifat sementara.


Badan itu juga meminta kesemua dokumen, kerajaan dan yang dikemukakan oleh Lynas ditunjukkan kepada orang awam dan pakar-pakar bebas yang dilantik oleh wakil penduduk Kuantan dan kumpulan lain panel berkenaan.


Oleh itu kata beliau, bagi membolehkan aspek-aspek berkenaan dikaji tempoh yang diperlukan ialah satu tahun.


Tambah beliau, cadangan Peguam Pahang itu kemungkinan akan menjejaskan pelancaran operasi loji Lynas dan kemungkinan menjejaskan imej negara tetapi keselamatan rakyat adalah “sangat penting.”

 - themalaysianinsider

0 comments:

Post a Comment