MB Pahang menyarankan agar semua kawasan perindustrian di Gebeng ditutup sebagai satu langkah yang 'adil' jika isu pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia, Lynas Corporation Ltd masih mendapat tentangan.
"Kita lihat nanti reaksi keluarga serta 20,000 pekerja di Gebeng sekiranya kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan menutup seluruh kawasan perindustrian tersebut. Satu sesi penerangan akan diadakan dan rakyat berhak membuat pilihan sama ada inginkan pelaburan yang memberikan manfaat kepada rakyat atau tunduk kepada suara yang menentang pelaburan," jelas beliau ketika Persidangan DUN Pahang ke-12 semalam.
Komentar:
Mengapa hendak 'dikorbankan' kawasan industri yang tentunya sudah banyak menyumbang hasil kepada kerajaan negeri? Di mana pula slogan 1 Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' apabila lebih 20,000 pekerja di kawasan industri Gebeng 'diancam'? Ini bukanlah penyelesaian terbaik! Saranan ini tidak ubah seperti marahkan seekor nyamuk, habis kelambu dibakar.
Rakyat menentang bukan hasutan pembangkang. MCA dan Pemuda UMNO sendiri pun turut mendesak ianya dikaji semula.
Sebaiknya cepat-cepat lah MB Pahang buat lah penerangan secara terbuka agar rakyat boleh menilai sebagaimana yang dikendakinya. Dan cara ini lebih 'gentleman' dan dekat di hati rakyat.

2 comments:
gila punya orang ...
tringat zaman kanak2 dlu main ugut2 cmni...huhu
Post a Comment