15 Jamadil Awal 1432 H | 18 April 2011
KUALA LUMPUR 18 APRIL : Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) menafikan meluluskan rancangan Lynas Corporation untuk menyimpan sisa buangan radioaktif lojinya di Gebeng, Kuantan. Pihaknya juga turut menegaskan, Lynas Corporation tidak akan dibenar menyimpan ratusan tan meskipun ia masih menganggapnya selamat.
KUALA LUMPUR 18 APRIL : Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) menafikan meluluskan rancangan Lynas Corporation untuk menyimpan sisa buangan radioaktif lojinya di Gebeng, Kuantan. Pihaknya juga turut menegaskan, Lynas Corporation tidak akan dibenar menyimpan ratusan tan meskipun ia masih menganggapnya selamat.
Ketua Pengarahnya, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan berkata, kawasan simpanan dalam loji yang telah diluluskan, yang bertujuan memudahkan kerja-kerja pemprosesan, adalah sebagai “kawasan sementara untuk menyimpan sisa buangan.” Bagaimanapun, simpanan di kawasan loji itu bukanlah menjadi penyelesaian terakhir.
“Kami tidak akan membenarkan (ia) menambah sehingga ke tahap itu. Kami akan menghentikan. Mereka tidak boleh terus menambah (simpanan). Perlu ada proses yang seiringan,” kata Raja Aziz kepada The Malaysian Insider.
Raja Aziz berkata, Lynas perlu membuktikan bahawa ia boleh mengalihkan torium keluar dari kawasan lojinya dengan cara yang selamat ketika tempoh praoperasi yang dijadualkan selama tiga tahun. Katanya, jika syarikat itu gagal berbuat demikian, Lynas tidak akan diberikan lesen operasi sepenuhnya.
“Daripada pengalaman ARE, publik tidak akan membenarkan kerja-kerja menambah torium secara berterusan. Itu sebabnya apabila Lynas mengemukakan permohonan, kami memberitahu bahawa ia tidak lengkap. Jika anda tidak dapat mengalihkan sisa buangan, apa anda hendak lakukan? Ini sangat penting,” katanya.
“Kami akan bertanya pada mereka, apa akan jadi jika anda tidak dapat menjualnya? Jika sisa pembuangan terus bertambah, kami akan menghentikan pengimportan dan penambahan,” tambah beliau.
Sebelum ini, Lynas memberitahu bahawa ia tetap dengan pendiriannya mahu meneruskan operasi pemprosesan nadir bumi di Gebeng dengan kemudahan simpanan jika pelan untuk mengitar semula sisa radioaktifnya tidak dimuktamadkan.
Pengerusi Eksekutifnya Nicholas Curtis memberi jaminan kepada pengkritik bahawa lombong Mount Weld di Australia adalah salah satu daripada tiga kawasan yang unik dengan simpanan nadir bumi yang rendah tahap radiasi dan tidak sewajarnya dibandingkan dengan loji Bukit Merah yang sedang melalui kerja-kerja pembersihan menelan kos RM303 juta sejak dua dekad lalu selepas ia ditutup.
“Kami mempunyai kebenaran (daripada kerajaan) untuk simpan di kawasan loji sendiri, buat selama-lamanya,” katanya.
Curtis memberitahu empangan simpanan yang khas boleh menerima sisa buangan selama enam tahun dan pendedahannya kepada rakyat adalah “sifar.”
“Dua pertiga atau lebih adalah gipsum. Tiada isu bahawa ia digunakan sebagai papan plaster dan pasaran-pasaran lain. Malaysia adalah pengimport gipsum, jadi sudah pasti kami akan menggunakannya untuk kuantiti komersial. Jadi ini akan meningkatkan (kapasiti) simpanan (sisa radioaktif) kami sehingga 24 tahun,” kata beliau.
Lynas Corporation yang melabur RM700 juta bagi mendirikan loji pemprosesan nadir bumi, akan memulakan operasinya akhir tahun ini.-tvnews.net
0 comments:
Post a Comment