Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: TNB DIPAKSA BELI DARI IPP - ANI AROPE
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



TNB DIPAKSA BELI DARI IPP - ANI AROPE

Di era Tun Mahathir, TNB dipaksa membuat
perjanjian membeli tenaga elektrik dari IPP
3 Rejab 1432 H | 4 Jun 2011

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.

Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai  berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.


Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen  kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.


“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.


“Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.


Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.


Ani menimbulkan kegemparan 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif  TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA).


Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff,  semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.


“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya. - keadilandaily.com

0 comments:

Post a Comment