Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: DASAR PAS TETAP SAMA - TGNA
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

DASAR PAS TETAP SAMA - TGNA

13 Rejab 1432 H | 14 Jun 2011

Dasar PAS tetap sama selamanya...
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata PAS tidak pernah mengubah dasar dalam perjuangannya sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951 hingga kini. 

Menurutnya, apa yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar baru-baru ini berhubung Negara Berkebajikan, adalah sebahagian intipati perjuangan parti Islam itu.


Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pihak yang mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada perjuangannya sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat PAS wajar menggugurkan perkataan Islam takut masyarakat keliru, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan nama Islam kerana PAS telah memperalatkan agama.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata konsep yang dibawa PAS iaitu Negara Berkebajikan, berpandukan ajaran Islam serta nas yang mana Baginda Rasulullah sendiri sebagai modelnya.



Ketika hijrah Rasulullah s.a.w mendapat mimpi dari Allah, suatu hari nanti baginda akan memasuki Kota Makkah yang ketika itu masih kekal dengan pegangan ajaran nenek moyang mereka.


“Sewaktu baginda dan para sahabat dalam perjalanan ke Makkah, baginda disekat oleh pembesar Makkah ketika itu. Walaupun usaha baginda untuk melakukan umrah di Baitullah tidak dibenarkan, namun bertolak dari situ wujudnya perjanjian Hudaibiyah.


“Perjanjian yang memulakan tulisan perjanjian itu dengan ‘Bismillahirrahmanirrahim…' kemudiannya digantikan dengan ‘Bismikallahumma…' dilakukan semata-mata kerana sikap lunak baginda sendiri di samping berpandangan jauh tentang Islam pada masa akan datang walaupun ianya berat sebelah,” ujarnya lagi.


Tegasnya, di mana salahnya Presiden PAS menyebut negara berkebajikan, ianya bukan dasar kerana dasar perjuangan PAS tetap mendaulatkan Islam.


“Dalam surat khabar harian selalu menyebut PAS ubah dasar, bila PAS ubah dasar? 
Akhbar ni mengarut dan menyusahkan orang dan bukannya nak menyenangkan hati orang,” tegasnya.
Jangan persiakan ilmu di dada...

Sambungnya lagi, beliau difahamkan Mohd Puad, aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebaiknya menasihati perjuangan Umno agar kembali pada Islam, dan bukannya PAS yang sudah memperjuangkannya.


“Yang tak setuju cara pentadbiran Islam orang Yahudi dan Nasrani saja, malah ulama Umno sebelum ini yang tidak suka pada dasar Umno sendiri  telah keluar Umno dan tubuh PAS pada tahun 1951.


“Kami ni hanya meneruskan perjuangan ulama Umno terdahulu yang keluar parti menubuhkan PAS semata-mata tidak sukakan dasar yang Umno bawa,” ujarnya lagi. 

Beliau juga turut membayangkan PAS akan menjadi Parti Islam Sedunia suatu ketika nanti bukan hanya di negara ini. - Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment