Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: KERAJAAN PERLU DEDAHKAN PERJANJIAN IPP - MAJLIS PEGUAM
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

KERAJAAN PERLU DEDAHKAN PERJANJIAN IPP - MAJLIS PEGUAM

Jika kerajaan telus, perjanjian IPP perlu didedahkan
1 Rejab 1432 H | 2 Jun 2011

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee berkata kerajaan seharusnya dan boleh mendedahkan kandungan Perjanjian Belian Tenaga (PPA) di bawah lunas perundangan demi kepentingan awam.


Lim menambah, sebarang kesan perundangan akibat pendedahan klausa dalam PPA boleh diatasi oleh kerajaan persekutuan menerusi proses korporat dan deklarasi mudah yang menjamin syarikat utiliti kebangsaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


“Kepentingan awam mengatasi soal perundangan, yang merupakan isu kedua,” kata beliau kepada The Malaysian Insiderketika dihubungi semalam.


Beliau menjelaskan bahawa di bawah Akta Syarikat, kerajaan persekutuan dengan 36% pegangannya dalam TNB boleh mengesyorkan satu mesyuarat agung luar biasa dan meminta lembaga pengarah syarikat mendedahkan maklumat berkaitan.


“Pada masa sekarang, dalam keadaan jika IPP (pengeluar-pengeluar tenaga bebas) mahu menyaman TNB untuk menuntut kesan kemudaratan akibat melanggar terma-terma kontrak, kerajaan boleh melindungi TNB,” katanya.


“Ia soal dasar. Kerajaan seharusnya membuat pendedahan menyeluruh. Kerajaan ada kuasa tawar-menawar yang mendalam,” katanya lagi.


Pentadbiran Najib dikecam oleh Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini berhubung PPA yang didakwa berat sebelah, yang turut menyumbang kepada kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.1 peratus berkuat kuasa semalam.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua hari yang lalu berkata beliau akan melihat kepada keperluan mendedahkan PPA meskipun Menteri Tenaga, Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata Putrajaya tiada kuasa untuk mendedahkan dokumen berkenaan yang dimeterai antara syarikat swasta.


Dalam mempertimbangkan kontroversi yang semakin meningkat itu, Lim berkata, kerajaan persekutuan tiada alasan bagi mengelak daripada mendedahkan kandungan perjanjian itu memandangkan peranan utama Putrajaya ialah melindungi kepentingan awam dan bukannya IPP.


“Kerajaan secara terbuka dalam pelbagai majlis pada masa-masa lalu ada membuat perisytiharan bahawa ia percaya dan mahu mengadakan urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelusan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan,” katanya lagi.


Lim menekankan satu-satu pengecualian dalam mempertimbangkan pendedahan ialah apabila ia melibatkan keselamatan negara. - themalaysianinsider

1 comments:

Admin Blog PAS Bera said...

kalau sorok2 tu mesti ada apa2 yg tak kena.

http://pasberapahang.blogspot.com

Post a Comment