Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BUKANLAH NAMANYA UMNO KALAU TIDAK MENENTANG PAS
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



BUKANLAH NAMANYA UMNO KALAU TIDAK MENENTANG PAS

PAS tetap mendokong dasar Islam!
5 Rejab 1432 H | 6 Jun 2011

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar pemimpin UMNO-Barisan Nasional kerana menabur fitnah kononnya PAS menukar matlamatnya semata-mata untuk mengikut rentak DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Beliau menegaskan konsep negara kebajikan yang diperkenalkan dalam Muktamar PAS kali ke-57 adalah berteraskan Islam dan sekaligus membanteras maksiat serta penyelewengan yang kini berleluasa di bawah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional.  


"Jadi apabila kita sebut negara berkebajikan dan PAS mendokong dasar Islam, sudah tentulah negara itu berdasarkan kepada Islam
," tambah Mohamad Sabu dalam sidang akhbar selepas Muktamar PAS ke 57.


Beliau berkata DAP dan PAS mempunyai prinsip perjuangan yang dipersetujui dalam konsesus Pakatan Rakyat dan tidak timbul soal parti Islam itu dipaksa untuk menerima buah fikiran DAP.

"Walaupun bunyi menentang rasuah dan penyelewengan sama nada dengan DAP tidak beerti kita terpengaruh dengan DAP sebab itu adalah slogan bersama yang dipanggil slogan umum yang tidak mahu perkara-perkara itu, dan bukan kita diperalatkan oleh DAP!"

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abd Aziz menyatakan segala tohmahan UMNO-BN itu hanyalah alasan semata untuk meruntuhkan dan memecah belahkan hubungan baik yang terjalin di antara Pakatan Rakyat.


"Kalau perubahan tak berlaku hasil daripada pemilihan ini, mereka akan kata sebaliknya pula, PAS tidak berubah, PAS masih lagi parti kopiah, kalau kita berubah dia kata kita macam DAP. Jadi apa yang kita buat pun kita tahu UMNO tidak akan memberi reaksi yang positif kepada PAS." - tvnews.net

0 comments:

Post a Comment