Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: KENYATAAN MEDIA BERSIH 2.0 - MESTI HADIR TANDA SOKONGAN
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

KENYATAAN MEDIA BERSIH 2.0 - MESTI HADIR TANDA SOKONGAN

21 Rejab 1432 H | 22 Jun 2011
Semua ahli dan penyokong PAS diwajibkan hadir dalam himpunan BERSIH bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap tuntutan 8 perkara bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Berparlimen.

Himpunan demonstrasi aman ini bukanlah perkara baru dalam konteks negara. Selepas PRU ke 12, UMNO ternyata lebih banyak mengadakan demo berbanding PR. Apa yang menarik demo ini dikawal oleh polis tanpa ada provokasi. Ia berjalan dengan aman. Bawa kepala lembu, bakar gambar, bakar bendera dan isytihar perang khususnya anjuran PERKASA; seolah-olah sebuah badan yg mempunyai kekebalan.


PAS mengucapkan tahniah kepada kebebalan PERKASA yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bersifat provokasi, kerana ini tentulah memudahkan polis untuk menahan mereka yg melakukan provokasi. Kalau yang buat provokasi tentulah PERKASA, tapi jangan terkejut kalau yang kena tahan ialah PAS, PKR atau DAP.


PAS juga mengalu-alukan penyertaan Pemuda UMNO yang akan ikut sama demo pada 9hb Julai nanti. Keberanian Khairy kali ini agak luar biasa, cabar polis dan sedia ditangkap. Cuma PAS hairan Pemuda UMNO sertai demo untuk menuntut apa? Kalau tuntutan kita atas lapan perkara, maka Pemuda UMNO nak tuntut apa? 


Kata Khairy mereka menuntut penambahbaikan sistem Pilihanraya di Malaysia. Maknanya Pemuda nampaknya lebih faham berbanding UMNO tua yg berlindung di bawah dagu PERKASA. 


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN


Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

2 comments:

yoshi.chocolate said...

saya cuma mahukan kepastian atau pandangan berhubung BERSIH ini kerana diwar2 kan bahawa penganjurnya adalah seorang pejuang kebebasan beragama seta terlibat dalam memurtadkan seorang mualaf..
adakah saya bersengkongkol dengan musuh Islam sekiranya terbabit dalam BERSIH memandangkan penganjurnya diterajui oleh orang tersebut..
Dan saya pernah merujuk kepada beberapa ustaz2 kelulusan pondok berhubung perkara ini namun dinasihatkan supaya berkecuali dan lebih baik saya bersihkan diri saya dahulu..apa pandangan Y,b Dato'

admin said...

Sebagai jawapannya kedua-dua pimpinan Tn Guru Nik Aziz dan Presiden akan turut menyertai himpunan ini. Tidak timbul soal sokongan kp Ambiga, yg kita sokong ialah tuntutan tersebut. Isu ini sengaja dimainkan oleh UMNO utk menghalang penyertaan rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Post a Comment