Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MENGAPA PPA DIRAHSIAKAN DARI RAKYAT?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



MENGAPA PPA DIRAHSIAKAN DARI RAKYAT?

8 Rejab 1432 H | 9 Jun 2011


Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan sepatutnya mendedahkan  Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya terhad kepada ahli parlimen.


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa dokumen perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) itu, hanya boleh didedah di Dewan Rakyat.


“Saya menolak idea Datuk Mukhriz untuk memberi akses Perjanjian Pembelian Tenaga kepada hanya 222 ahli parlimen. Sesuatu perjanjian yang melibatkan rakyat terbanyak seharusnya didedah secara terbuka kerana mereka adalah kelompok yang paling terkesan terhadap butiran perjanjian yang telah dimeterai antara TNB dan IPP.



“Jika butiran perjanjian tersebut hanya menguntungkan syarikat pengeluar tenaga (IPP) kerajaan harus bersedia untuk semakan semula. Sebaliknya jika perjanjian ini disembunyikan, sudah tentu rakyat yang menjadi mangsa.


“Ia bukan memenuhi prinsip paling minima mengenai amalan keterbukaan oleh sesebuah kerajaan. Ringkasnya, saya menolak idea dan cadangan yang dibawa Datuk Mukhriz,” katanya yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.


Saifuddin, menambah, sebelum ini PPA bukan sahaja tidak didedahkan kepada umum, malah kerajaan juga tidak pernah memberikan butiran perjanjian tersebut di parlimen meskipun diasak Pakatan Rakyat.


“Setiap kali kita minta dedahkan, kerajaan hanya memberi maklumat-maklumat cebisan,” katanya kepada keadilandaily.com.


Menurut Saifuddin, dalam mekanisme Fuel cost pass through yang diperkenal, perjanjian tersebut sepatutnya meletakkan rakyat sebagai pihak terakhir yang memikul beban.


“Namun sebaliknya, TNB berada pada kedudukan disadvantage apabila syarikat pengeluar tenaga yang mengaut keuntungan hasil daripada perjanjian.


“Jualan gas oleh Petronas kepada IPP berupa subsidi gas juga hanya menguntungkan syarikat pengeluar tenaga. Ini juga meletakkan kedudukan Petronas dalam keadaan disadvantage,” ujarnya. - keadilandaily.com

0 comments:

Post a Comment