Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MASIH BANYAK RUANG UNTUK BERJUANG - TUAN IBRAHIM
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)



MASIH BANYAK RUANG UNTUK BERJUANG - TUAN IBRAHIM

Kabinet baru PAS dalam menghadapi PRU13
3 Rejab 1432 H | 4 Jun 2011

Tidak timbul soal ulama bukan ulama yang sedang dimainkan media pro Umno terhadap saf kepimpinan baru PAS, kata bekas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau berkata, keputusan pemilihan PAS yang diumum hari ini membuktikan perwakilan faham struktur dalam PAS yang sememangnya diterajui Majlis Syura Ulama.


"Kita ada panduan dari Majlis Syura, ini akan memandu parti kita. 
Saya fikir ia tidak mencerminkan penolakan terhadap ulamak, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat," katanya.

"Alhamdulillah, Allah mengurangkan beban saya di akhirat. Saya tak rasa kecewa kerana kita tahu ruang berjuang dalam parti sangat luas," ulas beliau tentang kekalahannya.


0 comments:

Post a Comment